Monday 30 January 2012

Hidup Kembali ?!!!

Assalamualaikum

Hello reader[s],
Perghhh ! berhabuk betol macam dah berkurun di tinggalkan ! Itulah yang mampu aku gambarkan pasal blog aku ni haa... al-maklumlah aku sedang menghadapi krisis dengan sista meksis ! Adoyaii. problemos betoss lahh. -.- '
Disebabkan masalah ekonomi yang agak merudum saat ini, aku pergi lah mengemis minta berukben semata - mata nak hupdate blog. Terasa seperti hidup kembali. ouhh yeahhh ! Like it ! wink wink.

Tahniah kepada Hafiz si Awan Nano sebab menang AJL ! Hampa kot, aku target si Alyah yang menang tapi apakan daya, aku hanya pemerhati dari kaca tv *tu pun tumpang orang punyer, dasar penumpang betul aku ni* .
Okayyy, lupakan pasal AJL tu. Tacink sesangat ni haaa. Tak nak cakap lelebih. Tenung lah gambar ni then berfikir sejenak ye.


Sekian. Terima kasih. ^^(v) peace yaww ~

p/s: hidup kita sentiasa dinilai.

Friday 20 January 2012

Lovely Jumaat ~2

Assalamualaikum.

Hello reader[s],
Di pagi jumaat yang indah lagi hening ni, macam biasa lahh kann nak kongsi sedikit ilmu ngan korang semua. Peace yaww !
*muka sangat la innocent ^^*


Terima kasih.

p/s: buka minda, buka hati. insyaAllah hidup pasti akan diberkati. senyum :)

Wednesday 18 January 2012

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum.

Hello reader[s],

heart
Sebarkan kasih sayang sesama manusia. Setiap kekecewaan pasti ada kebahagiaan. Peace yaww ^^(v)

Terima kasih. Lurve ~

p/s: penat buat exercise hidung. sejak dalam kelas sampai ke pagi-pagi ni. berair je. adehhh -.- '

Monday 16 January 2012

Baik Malu Dari Bodoh Selamanya.

Assalamualaikum.

Hello reader[s],
Hamekk kau tajuk aku. Macam nak kutuk orang je kannnn. Oppsss ! ternyata korang salah. Aku bukan jenis nak sound- sound orang tak tentu pasal. Tajuk tersebut di tujukan khas kepada pemilik nama Nurul Auliya Binti Syedi Hamzah.

Pada midnight yang hening lagi tenang ni, aku baru lepas offline dari mukabuku. hehehe. Budak kelas aku siap cakap macam ni kat aku "balik-balik muka kau je yg post. bukak je full nama kau." Well, korang kena paham yang aku memang kaki online !

Okehh cukup ngan pembuka bicara yang hampehh tu *korang pon ready nak bawak cursor nak pangkah kann*. Actually jauh di sudut kecil hepar aku, aku nak join segmen ! giveaway ! and hape-hape je la yang wujud kat dunia blog ni. Tapi ! aku tak tahu macam mana nak link kan gambar atau banner tu masuk ke entri orang yang buat segmen, giveaway and so on. Kalau korang perasan baru satu giveaway yang aku join *sebab senang dan simple*.
Dan aku ni bukan pandai sangat bab-bab IT ni. Haishh, blog ni pon hanya suka-suka.

Dari aku jadi bodoh dan tak tahu apa-apa, aku tak kesah simen kan muka aku ngan batu-batu konkrit untuk tebalkan muka dari sinaran jelingan manja korang tu, hanya untuk aku buat entri ni ! *fikir sembilan kali kot* Berani kan aku. wink wink *buat muka cool*

Terima kasih kerana sudi membaca penulisan yang lintang pukang ni. Dan lantak lahh korang nak gelak ke apa, yang penting aku tak malu bertanya. Peace yawww !

p/s: bantuan anda amatlah diperlukan. dan aku akan kenang sampai bila-bila. 

Sunday 15 January 2012

Spontaneous Sunday

Assalamualaikum.

Hello reader[s],
Wassup wassup beb ! Hope korang enjoy weekend korang ni okayyy. Aku sangat lah enjoy sebab dapat tidur and rehat yang terlebih cukup. Adoyaii, bertuah betol aku ni kannn. Itu lah yang aku paling topup waktu tidur yang selama ini tergendala sebab assignment yang bertimpa - timpa. *lagi-lagi research !*

Hayati dan renung ! Tak nak story lebih-lebih.

lovely quote
Terima kasih kerana sudi menghadiri kelas untuk hari ini. Sayang u oLzz !

p/s: perubahan itu penting tapi jangan sampai menyeksa diri dan orang di sekeliling kita.

FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA

Assalamualaikum.

Hello reader[s],




Aku suka banyak warna. adoyaii. masalah sungguh nak pilih warna ni. warna yang menjadi pilihan hati ialah warna hijau. wink wink.

Aku nak ajak semua pelanggan kopitiam aku join giveaway ni. tudung cantik wooo ! peace yoww.

Terima kasih kerana sudi menskodeng ke kopitiam aku ni. haha :)

p/s: first time join. aku sangat lahh innocent dan naive.

Saturday 14 January 2012

Setiap Manusia Ada Peranan Masing - Masing.

Assalamualaikum...

Hello reader[s],
Hai korang ! Wassup wassup. Ape cer ? Best tak hari sabtu korang ? heeee... Jangan di tanya hari sabtu aku, sebab aku ada class ganti sempena cuti Thaipusam nanti. Dan paling sengal alam sekali, aku boleh lupa hari ini hari sabtu. Kenapa ?!!! sebab masuk je toilet... SUNYI ! tp mandi jugak, selepas mandi tu lah yang aku terfikir "betul ke hari ini hari sabtu ? mana pulak roomate aku pergi ? malu nyerr kalau aku sorang-sorang pakai uniform then keluar bilik..." *monolog di hati sambil guling-guling atas lantai*. Tapi teeettt, roomate aku masuk. bila tengok dia pakai uniform aku yakin bahawa aku tak salah. Hahaha. *sambil teguk mointain dew !*

Haippp.. apa kaitan entry aku ngan pembuka tin biskut bicara hati aku ni ? Hehhhh ! ada kaitan lahh, aku rasa. korang rasa ? *nak suruh baca sampai habesss sebenar nyerrr*

Aku dapat idea nak tulis entry ni sebab masa pagi-pagi sampai kat kolej, aku termenung seketika *pintu dewan kuliah tak bukak, merempat aku kat tangga !*. Aku tengok seorang pekerja Radicare *tukang cuci*, then aku terfikir. "Hemm, kalau takde mereka-mereka ni, mesti kolej ni kotor gila" . Angkat tangan siapa yang sanggup jadi tukang cuci. Mesti korang geleng kepala selaju 60km/jam kannn ? Aku pon sama geleng kepala. Hehehe *sambil buat muka suci*. Hokehh... pergi ke topik utama !

Allah itu Maha Adil, setiap makhluk yang Allah cipta ada peranan dan membawa manfaat antara satu sama lain, tak kira kaya atau miskin. Dan setiap orang di dunia ini perlu memainkan peranan yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Contoh nyerr, jika berlaku maksiat di depan mata kita, kita perlu lah  menasihati mereka supaya berhenti daripada melakukan kemungkaran di bumi Allah ini. Jika tiada yang memainkan peranan mereka, musnahlah dunia ini. Betul kannn ? Macam yang aku cakap tadi kalau Radicare takde, mungkinkah para pelatih di kolej aku menuntut ilmu ni nak membersihkan sisa-sisa kotoran yang mereka buat. Aku sendiri pon tak sanggup nak membersihkan bangunan tu. Jadi, kita tak perlulah sombong dan angkuh. Jangan pandang orang lain ngan mata sepet je okey ? Sebab mereka yang Allah beri nyawa ini ada kebaikan nyerr. Fikir - fikir kan ye.

fikir sejenak. sudahkah anda melaksanakan peranan anda sbg makhluk Allah ?
gambar ni smart walaupun macam takde motif [hade aku kesah]. chill !
Terima kasih sudi meluangkan masa membaca. Sebarang kegurisan hati amatlah di kesali.

p/s: Menyatakan ketermenungan aku di pagi hari. S.M.I.L.E

Friday 13 January 2012

LoveLy Jumaat

Assalamualaikum...

Hello reader[s],
Pada hari jumaat yang indah lagi mulia ini, aku nak share quotes ngan kamu dan kamu juga kamu. *muka innocent*


So, bila kita sedang tension mension, jangan lupa bahawa Allah hanya ingin menguji kita. Dia ingin melihat sejauh mana tahap keimanan hambaNya. Jangan bersedih kerana Allah lebih mengetahui segalanya dan Dia juga tahu apa yang terbaik untuk kita. Berdoalah selalu supaya Allah sentiasa bersama kita.
Terima kasih kerana sudi membaca. Lurve u oLzz ~

p/s: Sabar itu separuh dari iman bukan separuh dari nama sabariah okayy.

Renung Jangan Sampai Termenung.

Assalamualaikum...

Hello reader[s],
Okehh, hupdate ari ni nak kongsi pasal menatang ni. Alang-alang hospital dah jadi rumah kedua aku. So snap je lahh gambar-gambar yang patut. Hamboiii, macam anak pengarah hospital je gaya aku ni. Hahaha. Apa-apa je lahh *masih mamai sebab baru bangun tidow*

Meh baca kat bawah ni,

depan pintu lif... 
Elak STRESS untuk cegah penyakit. SMILE :)
Terima kasih kerana sudi membaca.

p/s: renung-renung jangan sampai termenung-menung ! Peace Yoww ~

Thursday 12 January 2012

Aku Jatuh Chenta !

Assalamualaikum.

Fuhhh. siyesss, memang aku jatuh chenta ngan dia ni. Jom layannn sama okaaayyyy !


Terima kasih kerana sudi membaca dan mendengar. Layannn ~

p/s: bakat dia superb yoww. I LOVE MUSIC...

Wednesday 11 January 2012

WORDLESS WEDNESDAY #1

Assalamualaikum.

Hello reader[s],
Errr... apa yg korang pikir pasal ini. Hanya selipar.


p/s: terima kasih. sila komen.

Sunday 8 January 2012

Saat Yang Menggembirakan.

Assalamualaikum.

Reader[s] !
Huarghhhhhh ! Rasa nak menjerit. Serious nak menjerit ! Jom jerit sama. Huargghhhhh ! *enough lah jiran sebelah dah marah tu*. Hokehh. Nak tau kenapa aku menjerit tak tentu pasal ? Nak tau tak ? Angguk selaju 30km/jam. Hehehehe. Gurau saja jangan marah nahhh. ^^

Uishhh hari ahad yang menggembirakan. Elehh, mcm lah hari-hari lain tak gumbira kannn. Fuhhh *masih cuba tenangkan diri*. Cik Lyssa Faizureen blogger yang sangat aku minat penulisan dia,tips dia dan tutorial dia serta style dia tu, dah FOLLOW aku ! Yessss ! Hepi kot. Elehhh, mcm la best sangat. Itu korang yang cakap ! Aku cakap plak "AKU SUKA GILERRR !" perghhh, tu diaaa aihhh *keluar loghat utara haa*

Memang tak senang duduk la aku ni, nak jaja cerita yang lyssa dah follow aku kat geng-geng sekutu sekepala sejantina aku *ayat nak over jugak, tak kira*. Lalalalallalalala~

Bak kata pepatah *tiba-tiba nak masuk kan pepatah lepas baca paper yg kes kesalahan peribahasa tadi* tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. kannnnnnnn ?

p/s: aku siap lompat bintang bila tengok Lyssa ada follow. *huntungg roomate takde dalam bilik (malu)*

Saturday 7 January 2012

Kata-kata Hari Sabtu Dari Aku Untuk Kamu.

Assalamualaikum.

Sihat tak ? Hehehe. Itu adalah soalan wajib aku untuk kalian sang pembaca sebab bila sihat baru lah otak jalan kannnn ? weeeee~

Hari ini aku keluar jalan-jalan ke TBS (terminal bersepadu selatan), tujuan nyerr untuk beli tiket tapi hampehh sebab tiket tiada. sentap woooo. aku nak balek, rindu kampong halaman wa beb ! *walaupun tak sampai sebulan jauh dari rumah*. Konon nak jimat tapi tetap terkeluar jugak duit aku, fuhhh melayang-layang ke tangan tauke kedai. *suka le tew encik tauke*

Hokehh bukan nak story merry pasal tu yek. Ehemmm *sambil tarik nafas dan hembus laju-laju* aku nak share kata-kata hikmah ini ngan reader[s] semua. Ini aku dapat masa teroka pakcik google tadi bukan atok yahoo yekk. Apakah ? Ini lahh. tengok bawah.

omell kannn. ^^
Hidup ini satu ujian. Sebanyak mana masalah kita, jangan mudah berputus asa sebab Allah sentiasa bersama hambaNya yang sabar dan tenang tanpa merungut. Dan bila kita mendapat pujian atau kesenangan, jangan lupa pd Allah sebab bila-bila masa je Allah boleh tarik balik apa yang Dia bagi kat kita.

Aku bukan lah baik sangat sebab kadang-kadang kurang jugak sifat sabar nyerr tapi sekarang aku sedang memperbaiki diri. Kadang-kadang tension jugak ngan hidup yang selalu ada masalah. Tapi bila balik semula kpd Allah, semua nyerr jadi lebih baik. Jom ! Sama-sama muhasabah diri. wink wink !

Terima kasih kerana sudi membaca.

p/s: tanpa Allah siapalah kita. Senyum.

Ketagih Tak Ingat Dunia... -.- '

Assalamualaikum.

Apa khabar reader[s]! semua. Hope korang okeh je yek. Mula-mula nak log out je tadi sebab tak tahu nak masuk kan entry apa, tapi tup-tup datang plak idea nak share something ngan korang. Memang aku rasa mcm sengal tahap gaban la *sambil buat muka innocent*.

Nak tahu ? Angguk kepala please... Hehehe. okehh good girl good boy~ wink wink. Alkisah nyerr berlaku dalam pukul 11.00pm semalam disaat aku mengadap mukabuku dengan penuh khusyuk sambil berBW sana sini *fuhhh. sangat busy*. Tiba-tiba roomate aku masuk *dia baru balek meeting untuk carnival nursing*, aku pon biasa je lah. Then dia jerit " olie ade kucing ! dr mana beliau datang ni? ". Yang aku plak muka masih innocent jawab " eh? kucing. ouhhhh, mcm mana beliau masok ? tak perasan pon. " *masih khusyuk menghadap lappy*

Bukan setakat itu sahaja, rupa-rupanya beliau adalah kucing hitam kuning yang bunting dan telah selamat melahirkan anak-anak beliau seramai 3 ekor di dalam bilik aku tanpa aku sedari ! *memang terbaekkk kau wahai kucing !*. Dan dia melahirkan anak beliau dalam kotak roomate aku,*errr sorry kak aini, saya memang tak tahu langsung*. Masalah nyerr, anak-anak beliau sudah ada banyak bulu, ini bermakna beliau telah menginap di bilik ini untuk 2 atau tiga hari *aku suspek begitu laaa*. Jiran-jiran lain konfem terkejut dari aku kann, kecoh sampai guard pon datang tengok sekali. Hahaha. Tak boleh bla.

molek !

mek and ah yong !
Memang aku ketagih sangat sampai tak perasan kewujudan kucing-kucing yang comel dalam bilik aku, tapi terpaksa keluarkan anak kucing tersebut sebab nanti warden marah plak. Hehehe.
Gambar anak kucing yang kiut miut tak dapat nak upload sebab mista sony aku dah rosak. Harap maklum.
Terima kasih sudi membaca entry kali ni. Hit LIKE if you like this.

p/s: itu gambar anak kucing aku tapi dua daripadanya telah menghadap Ilahi *mak aku suspek si hidung kembang warna pink yang makan*. Cheese !

!~ Rindu Form-Sixers ~!

Assalamualaikum.

Hai reader[s] ! doesn't mean that we're being far apart we can't stick together forever ! fuhyooo ! konfem sangat ayat aku lintang pukang. tapi lantak lahh. haha. Seriously aku rindu kot nak gelak besor-besor dan buli membuli geng aku masa form six dulu ! KERO, MAI, SHARM dan PUSPA !

Hahaha. walaupun ada geng disini tapi korang masih berbisa di hati aku. Chewahh. hamek kau. aku tak kira CNY (chinese new year) kena hangout jugak. Hahaha. Aku nak belanja ni *ingat senang nak suruh aku belanja,aku ni kedekut tahi hidung manis tau* .

Hepi sakan aku ni ha nak balek cuti CNY nanti ! Tak sabar walaupun aku terpaksa batalkan niat aku nak main ice sketing. sob sob sob.. *tacink ni sambil terbayang-bayang tempat sketing*. Dah lama kot nak pergi.

lalalalalalala~
Haccuummm ! oppsss, terbersin plak ! Sorry tak sengaja ! itu je lah yg nak di kongsi kan bersama ngan korang.
Terima kasih kerana sudi membaca ! Hit LIKE if you like this. wink wink !

p/s : best friends forever !

Friday 6 January 2012

Kecil... Sederhana... Besar... Apakah ?

Assalamualaikum.

Hemm ! Hey sista and brader ! How are you ? *masih tersampuk mood nak speaking sejak dalam kelas lagi*
Tengok tajuk. tengok tajuk. Kurang gempak ? hokehh. Takpe. *innocent.padahal dah meleleh menangis meraung* Apa yang kecil ? Apa yang sederhana ? Apa yang besar ? Cuba teka. Hishhhh. mesti malas nak teka ni. Hadoyaii. Sabor je lah ngan korang ni. -.- '

perjalanan hidup !

Story based on lukisan mcm masa sekolah tadika dulu-dulu. Dari baby, comel nyerr aku dulu. Hahaha. *jangan la korang tersedak yek*. Pasto jadi budak kecil yang degil jugak la. Dulu sebelum ayah pergi kerja, beliau akan lock pintu, konon nyerr tak nak bagi kami adik beradik berjalan la kan, tapi kami gunakan suara soprano utk panggil geng-geng bas sekolah. Mereka lah yg bertanggungjawab utk membuka kunci. Hahaha. Then, pergi main dari pagi sampai petang, terjun parit bagai, buat khemah tepi rumah *kena bebel ngan mak sebab buat semak jek* . Paling tak boleh lupa pergi baling kayu kat muka anak sape ntah, sampai berdarah gigi budak tu. *aku cool jek*. Sungguh degil aku ni. Bila dah masok sekolah menengah, jadi baik sedikit. Sedikit je tau. hahaha *ada la hal aku*. Then jadi student kolej, dah tahun 3 baru nak taubat jadi baik. Nak jadi skema gitu, mungkin dah sampai seru kot. Tak boleh bla betol. Kuang kuang kuang ! Last sekali, aku nk jadi lecturer sebenar nyerr. Tak kan nk selamanya jadi nurse kan. Aku suka ajar orang ke ? Hemm tak tahu la, tapi aku nak jadi seorang lecturer. Hohohoho. Cita-cita sebenar nak jadi businesswoman tapi macam kena padam je. Takde masa kot nak berbusiness, aku pasti sibuk ngan pesakit-pesakit *nak keje kat operation theater !*

Okehh. masa untuk tidur ! Cukup lah dalam kelas tadi dah macam kena injection pethidine. *TIDUR, sedar-sedar lecturer jeling-jeling tapi aku sambung tidur balek, hehehehe*.
Terima kasih kerana sudi membaca.

p/s: Tadi satu Ostel blackout. Sungguh jimat Ostel kami ni.

Thursday 5 January 2012

Semakin Senior Semakin Tinggi Tanggungjawab !

Assalamualaikum.

Haaa tengok tajuk tu. Kagum tak ? Hipothesis tu. Teringat zaman sekolah dulu kala lagi-lagi masa kelas sains. Hahaha. Mcm la aku ni dr zaman batu nak cakap zaman dulu kala *muka seposen* .
Tahun 2o12 ni, aku dah memasuki Tahun 3 Semester I. Fuhhyooo, ingat senang ke ? Susah tau nk jawab exam. Siang malam menatap buku tanpa jemu. Chewaahhhh ! *poyo je*
Tadi dah start kelas, perghhh. memang blurr jgak la. subjek medical + management + mental health . Dan aku mcm kebiasaan nyerr ---> TERTIDUR ! *siyess tak sengaja. sorry puan.* Hehehehe ~

pit merah tuhh.
Sherammm suam-suam kuku aku masa dlm kelas tadi, nak tau sebab apa. Ehemmm ! tiba-tiba je pikir pasal "mcm mana aku nk buat management ni ? adehhh !" tapi masa dan waktu serta tarikh yg sama jugak aku terpikir "eishhh. senior lepas boleh buat, konfem aku boleh buat" *lepas pikir mcm tu aku buat muka bangga*.
At the end, lepas kelas.. aku ngan kawan-kawan aku posing tak maut berphotoshoot ngan pit yg baru dpt. Hahaha.

wink wink !

Semoga berjaya wahai kawan-kawan ku sekalian. Begitu juga nagn reader[s] semua !
Terima kasih kerana sudi membaca.

p/s: ada banyak gambar tapi agak sopan gitu *sengal sebenar nyerr* !

Monday 2 January 2012

Dan Sebenarnya.

Assalamualaikum.

Disebabkan mata tak boleh nak lelap *pukul 4:38am* terus berenang kuat-kuat bukak blog. Hahaha.
Usai mengintai blog-blog feveret, tengok mukabuku tapi blur. Sebab ? Hotak ni banyak plak idea nk post mcm-mcm tapi nanti orang ckp syok sendiri, lalu aku terus menaip dgn rancak apa sahaja yg terlintas di hotak aku ni. wink wink.

Sambil menaip dgn berbaring di katil yg agak empuk, aku garu-garu kepala. Perlu ke ? *sambil kerut-kerut kening*. Kalau mcm ni, bukan aku je yg garu-garu kepala tapi korang pun mesti sumpah-sumpah gak kan ?
Hanya ingin berkongsi ini sahaja, jangan la tension hokehh ! Chill la braderr !


Tak nak cakap banyak. Ada akal kan ? Tink- tink lorhhh ! *ayat memang nak ganas pagi ni*. ><
Terima kasih kerana sudi baca. Komen la. Kutuk pon boleh. Jangan caci laser sudahh !

p/s: hanya mengingati diri sendiri.


Sebelum Dan Selepas.

Assalamualaikum.

Dear reader[s],
Perghhh ! mcm nk buat esei bahasa inggeris jek. Err, sememang nyer sangat la poyo ! Hehehe.
Hokehh, before kembali ke sg.buloh aku hangout dgn member lama aku ! Best nyerr, tgk movie dan jalan-jalan sambil window shopping ! Terbaekkk ! Sayang korang. wink wink.
Dan aku nak main lagi game tangkap-tangkap dolls tu ! *frust sbb masih tak dapat. Menelan duit aku je -.- '.*

And. and. and. setelah kembali ke sg.buloh ! Aku hangout pulak ngan member-member aku di sini. And mcm biasa lah, shopping ! Wow. banyak kot barang. Konon nak bajet lah, tak nak over shopping tapi masih terlebih. Hape pon tak boleh. Hahaha.
Errr. event berhabis duit berlangsung selama 5jam. Bab yg hotak aku tak boleh nk hadam, selalu je sesat. Dan memang aku ni cepat mempengaruhi orang kot, semua jadi blur kalau aku terlebih konpiden. ^^
Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.

p/s: tak dapat nak letak gambar sebab USB mr.sony ericson belom jumpa tuan nyerr.

Sunday 1 January 2012

Selamat Datang Wahai 2o12 !

Assalamualaikum...

Hai semua ! Selamat Menyambut Tahun Baru. So, disebabkan sudah masuk ke 2o12..saya Olie ! menukar ganti diri saya kpd 'aku'.. haaa, kenapa ? sbb lebih selesa... beb ! ni mmg style aku laa braderr..-.- '

Errr..dan sebab dah masuk tahun baru kena lah hupdate entry baru kannn. Hahahaha.. well, tadi sudah kembali ke kolej dan sentap ramai-ramai dgn geng aku.. whoaaa ! best ! lama tak jumpa, ade jekk benda nk gelak.. adoyaii.. nk pecah perut aku gelak tadi..

Topik yg di bualkan, konfem-konfem pasal azam tahun baru dan mcm-mcm lah. Nak tahu azam aku apa? Errr, musuh kejahatan,kekasih kebenaran ! *kartun boboiboy* pastu member aku boleh buat pelik ! Adoyaii. Sabor je lah. ^^

Dan sebenarnya, azam tahun baru ni, ingin menjadi lebih baik dari tahun yg sebelum ni. Itu jekk.. tambahan,menjadi contoh kpd junior-junior yg ada.. Chewahhh.. poyo sehhh ayat aku ! Hade haku kesah ? Nope ! Wink Wink !

p/s: Selamat tinggal 2o11. Selamat datang 2o12 !