Wednesday 7 November 2012

Momentos at Putrajaya

Assalamualaikum.

Ehh, dah lama dah biarkan blog ni. nak taip entri tapi tak ada masa, kalau ada masa tak ada idea. sekarang ni baru ada masa dan idea. hehehe.

Alkisahnya bermula pada hari sabtu pagi hening yang bertarikh 3hb November 2012, aku dan kawan-kawan aku yang dah pre-merdeka sebab baru habis final exam men-decide-kan diri untuk me-release tension di Putrajaya. Niat sebenarnya nak buat kad pengenalan baru. Takde motip lain pun pergi Putrajaya. OH, ha'a, memang saje je nak buat jauh-jauh. Nanti bila ada orang tanya, boleh jawab "OH, I buat kat Putrajaya" . Konon meletop ! hikkss.

Maisarah ke Abby ke Ashikin ke Auliya. masih segar dan bugar lagi di pagi hari. hekk :)
Masa tengah tunggu teksi nak bergerak ke KTM, si Maisarah ni sakit perut. Gastrik. Alahai, kesian beliau sebab tak dapat nak men-join-kan diri beliau. Padahal, beliau lah yang bersemangat mengajak kami pergi ke Putrajaya bagai. Takde rezeki beb.

Ktorang yang bertiga ketul ni pun meneruskan misi menjejakkan kaki ke JPN atau Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya. Amek KTM lepas tu turun ke Serdang. Lama la jugak perjalanannya, aku siap mabuk darat lagi. Untung tak muntah hijau je kat dalam KTM tu. tskk. Tapi masih boleh gelak-gelak tengok cartoon Tom n Jerry. *aku minat cartoon tu okehh - - '* .Setibanya di KTM Serdang, perut menghentak-hentak lapisan perut mintak sesuap nasi dan seteguk air untuk tenaga.

Bab makan, memang aku selalu laju tapi badan seketul jugak. What else to say, kurniaan Allah. Syukur.

Nasi Lemak di KTM Serdang. Sedappp... tapi tak minum kopi O, aku minum milo ais. 
Lepas dah kenyang perut, baru senang hati nak berjalan-jalan. yeay ! Siap berposing di atas jejantas untuk seberang jalan.

purplelicious... cantek kan dyorang. hehehe. :D

me in blue and yellow :D
Geram dengan jejantas ni sebab panjang sangat. penat nak jalan. hahaha :P
Okeh dah sampai ke bus stop, sila amek bas yang menuju ke Putrajaya. Ktorang ni sebenarnya first time datang ke Putrajaya dengan sendiri nya. Selalu pergi ikut rombongan sekolah. Ouhh, momentoss... Naseb baek pakcik yang bawak bas berspek mata hitam tu baik, berhenti betul-betul depan JPN sebab dah memang ada bus stop kat situ wehh - - ' .

Sampai je depan JPN, mata ni kagum je sebab jejak situ. Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi. yeay yeay yeay ! Ni bahagian depan JPN.

jeng jeng jeng...
Ni pulak bahagian dalam. okeh, i'm not a good photographer. ni je la yang mampu. hehehe

taraaaa,,,, :P

okeh, berbaris untuk amek nombor giliran, pakcik tu cakap kat budak lelaki yang beratur depan ktorang, tak payah tukar lagi lah, baru je kan. bukan wajib pun. aku dah buat muka cuak sebab ic aku pun bukan muka zaman darjah enam dulu. hekhekhek. kawan aku buat ic baru sebab hilang, yang sorang lagi buat sebab dah lama aku pulak nak tukar sebab nak tukar laa,, berkat muka sedih dan suara yang separa sedih, berjaya ! yeay ! we did it.

tunggu turn. lama.

- - '

pukul 12 lebih la baru selesai urusan kami kat sini. lepas tu aku mula lah pening kepala sebab lapar. tak tau nak makan kat mana, last-last sanggup jalan kaki dari JPN ke Masjid Putrajaya. Jauh okeh. Sangat jauh. berapa kilometer entah. yang pasti memang membakar lemak. hahaha.

mood happy before jalan ke masjid putra.

hehehe :)

nak posing jugak :P

jalan yang lengang di hujung minggu.

ni yang cantik ni... huhuhu :D

suka main air nahhh... O.o

okeh. aku betul-betul basah.

dalam masjid :) cantik.

setelah menunaikan kewajipan kepada Illahi, kami pun pergi makan. nasi kandar for lunch. masing-masing blur sebenarnya tapi buat cool. okeh. im a cool gal. dalam tak sedar pukul berapa, masing-masing binggung tak tau macam mana nak balek. T.T . nak naik teksi mahal. ada rm27, ada yang guna meter tapi tambah rm5, last sekali rm25. kami nak bas, tapi bas takde. akhirnya, pilih teksi. melayang rm25. harga tu untuk satu teksi. kalau naik bas just rm1.90 je. beza sangat. - - ' pffttt.

Aku punya penat, siap lentok manja dalam teksi, bila sampai pun tak sedar. Tapi pakcik teksi tu baik, sebab kurangkan harga jadi rm20. kawan aku cakap sebab aku pandai buat muka sedih. dan kalau buat memang menjadi. ahahaha.

Seperti biasalah, tunggu KTM untuk pulang ke asrama. sampai je hujan lebat. lari-lari anak masing-masing. itulah kisah pengembaraan aku dan teman-teman. chewahhh...

chop ! ada benda yang nak di kongsi. aku tangkap masa dalam lif kat masjid. hehehe. renung-renungkan dan beramal.

ingat tauu...

terima kasih. sekian.salam.

psss: aku tak edit langsung gambar. first time tak hedit, menchi. *lambai tangan*. bye.

Thursday 18 October 2012

5 Petua Wajah Berseri

Assalamualaikum.

Hai. Okeh. Hari ini nak kongsi lima petua untuk wajah berseri-seri. Okeh. Siapa nak dengar sila angguk kemudian duduk sopan-sopan atas kerusi, senyum sampai telinga please. - - '

Siapa-siapa yang rasa diri tak comel dan nak comel kan diri, mari ramai-ramai baca petua ni. Mudah dan jimat. Tak perlu buat rawatan yang mahal-mahal. Aku memang suka benda yang simple-simple ni. hekhekhek.

Hmmm... tarik nafas, hembus, tarik, hembus...

gambar pinjam. :)

Dah habes baca. Aku nampak ada yang senyum sampai telinga. hahaha. see, aku dah cakap tadi. memang jimat, mudah dan menyenangkan. Sesuai untuk semua peringkat umur. Tak kira kulit sensitif atau berminyak atau berjeragat atau berjerawat macam aku. ohoiii ~

Selamat mencuba semua. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk dari diri aku yang lemah ini. Salam.

Sunday 14 October 2012

Hati.

Assalamualaikum.

Hello. Tak tahu macam mana nak memulakan bicara. Lidah kelu seribu kata. Otak beku tak tahu berfikir apa. Tetapi jari jemari tetap tangkas menaip setiap rasa yang ada. Fuhh. Bagai sedang berpantun saat entri ini di taip. Perasaan gembira kerana berjaya buat button like, tweet and g+1 kat bawah entri masih berbaki dalam diri. OH. gembira.

Sudah. cukup sudah. Seriyes. Terlalu banyak rasa yang bermain dalam hati. Entah. Aku sendiri pun tak tahu. Ada satu kejadian yang berlaku pada seorang temanku. Insaf. Ya. melihat kejadian itu, berada dengannya, mengetahui bagaimana keadaannya. Aku insaf. Ya Allah. Itu yang mampu aku sebut. Itu yang mampu aku fikirkan. Terima kasih kerana menyedarkan aku. Terima kasih kerana sentiasa menjaga aku. Sungguh aku tak mampu untuk aku menyatakan bahawa aku cukup berterima kasih pada-Nya.

Apa ? Kenapa ? Bagaimana ? Usah kau tanya. Cukup aku, dia dan Allah yang tahu. Hidayah. Mungkin. Aku tak tahu. Tapi sejak itu, hati ini memberontak untuk berdiri teguh di jalan-Nya. Hati ini ingin mencintai-Nya. Hati ini ingin sentiasa berada dalam redha-Nya. Cehh. Berlagak. Penipu. Mungkin itu yang akan kamu kamu dan kamu katakan. Tapi percayalah, aku sering menangis saat memikirkan setiap dosa-dosa yang telah aku lakukan. Dosa terhadap kedua ibu bapaku, dosa terhadap adik-adikku, dosa terhadap teman-temanku, dosa terhadap makhluk-makhluk-Nya dan paling menyedihkan saat aku memikirkan dosa terhadap Tuhanku dan Rasul-Nya.

Aku bagai kuman, mungkin hanya debu yang terlalu kecil di sisi Tuhanku. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan sejak aku mula bertapak di muka bumi ini. Taubat. Adakah Dia menerimanya ? Mungkin ya, mungkin tidak. Bukan kita tentukan. Aku mula membaca buku hidayah, membaca blog yang bercerita tentang Islam. Aku menangis. Hati ini sebak. Mata ini mulai basah. Setitik demi setitik kemudian menjadi deras. Hina. Jijik. Itu yang aku rasa. Aku bergembira dengan nikmat pemberian-Nya, tapi aku lalai melaksanakan kehendak-Nya. Solat aku tidak teratur. Pakaianku mengikut sedap jiwa. Percakapanku sesedap rasa. Menangis. Andai masa boleh di putarkan semula. Aku ingin menjadi lebih baik.

Kini. Selangkah demi selangkah aku mula kembali. Riak. Tidak. Aku ingin berkongsi. Ingin meluahkan rasa pada yang sudi. Ingin bercerita pada yang ingin mendengar. Aku tidak harap kalian memuji aku. Aku terima jika kalian mencaci aku. Tapi ini hakikat. Aku ingin mendambakan diri pada yang Maha Esa. Ingin mencari ketenangan yang selama ini aku damba. Aku insan yang begitu lemah. Jiwa aku rapuh. Hati aku halus. Hanya Dia yang aku perlu. Hanya Dia yang aku mahu. Cukup Allah di hatiku.

Ayatku tertunggang langgang. Aku abaikan. Asal aku mampu menaip rasaku. Aku puas. Aku senang. Aku gembira. Terima kasih pada yang sudi membaca. Terima kasih juga pada yang menghina. Aku tidak sempurna. Dan aku tidak berharap menjadi yang sempurna. Hanya ingin menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur di atas nikmat-Nya.

Jazakallah Khair. Salam.

Monday 1 October 2012

Padan Muka.

Hai !

Oh hari Isnin dan dah masuk bulan Oktober. Hmm Hmm Hmm... azam untuk bulan Oktober ni adalah untuk beli beg dari Sometime ! Which is bag yang di inspirasikan dari Maria Elena. Oh I loved it thissssssss much tau ! Then, kenapa tak beli ? Well, tunggu elaun bulan Oktober sebab elaun bulan September dah hilang. Ciss - - '

Foine. Intro tak membina dan hanya memalukan diri. Ha'a. Malu. Sebab nampak sangat boros. Tapi uolss kena tahu bahawasanya, duit dahku pergi ke tempat yang tidak me-lagha-kan. Kinda sure with it. - - '

Itewww nak story satu kisah ni. Baru jew jadiew semalam. Iteww ghewam sangat ngan dieww. Fuuuuu~ penat buat muncung itik. Cerita ini bukan cerita rakyat yang diturunkan dari nenek moyang zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tak. Takde kaitan pun. Ini cerita hasil pengalaman sendiri yang hari-hari beli makanan dekat cafe. Disebabkan perut meminta belas kasihan supaya dipenuhi dengan kenikmatan dunia iaitu makanan, terus ajak member pergi cafe walaupun sebenarnya malam tu nak sambut birthday kawan baik aku, tapi tak tahan. Nafsu makan kuat bak hang. Perjalanan ke cafe bertemankan bintang dan bulan yang sentiasa kelihatan cantik. Dengan angin sepoi sepoi bahasa dan bunyi kriukk kriukk perut, kaki pantas bergerak menuju ke destinasi.

Setelah sampai ke destinasi yang di kehendaki. Mata terus tertancap dekat spagetti ! Yeahh. aku suka sangat makan spagetti. Mata bersinar-sinar terus ambil polisterine untuk isi spagetti. Oh nikmatnya. Alhamdulillah. Heee Heee Heee. Tak sabar nak makan spagetti. Masa untuk bayar.

Di kaunter.

Me:Nak bayar. Berapa mehh ?
Cafe Boy: Hmmm Hmmm Hmmm... sorang Rm3.50 and sorang lagi Rm4.50.
My Friend: Hari tu amek banyak Rm3 jee.
Me: Kenapa mahal sangat ?!
Cafe Boy: Elaun naik, harga makan pun naik.
Me: @$%^&*&%$%#... What ??!! Kau gurau dengan aku ehhh ? *cakap dalam hati*

Dengan perasaan tak puas hati, kami terus berlalu pergi sambil bercakap kosong. Tapi terjumpa tauke kedai. Kami baik dengan tauke kedai tu, so kami tanya kat dia.

We: Pakcik., kalau elaun naik, harga makanan pun naik ke ?
Boss: Ehhh... takde lah. Kenapa ?
We: Cuba pakcik tengok ni ( sambil tunjuk spagetti ), agak-agak berapa ?
Boss: Biasa pakcik bagi Rm3 jee. Kenapa?
We: Orang kat kaunter cakap, harganya Rm3.50, pastu yang ini Rm4.50..
Boss: Oh takpe, Pakcik pulang kan balik duit kamu.
We: Terima kasih pakcik. Semoga Allah membalas jasa baik pakcik.

Jyeahhh ! Menang. Even nampak macam jahat je perangai aku dengan kawan aku tu, tapi agak laa, hari tu aku beli murah je kot even amek banyak-banyak. Lepas elaun nak naik harga. Dah kenapa ? OH, bab duit jangan nak main-main bro. Puas hati. Hmmm Hmmm. Senang hati.

pss: HAK BERMAIN HAK KAMI.

salam.

Saturday 15 September 2012

1,2,3,4... You !

Assalamualaikum.

Hai mak long, mak ngah, Oh tak lupa buat mak dan ayah di sana tuuu *lambai tangan - - ' . padahal mak dan ayah aku tak tau pon aku buat blog. Tak boleh cakap sebab aku malu. Hekhekhek :O . Hari sabtu adalah hari yang sesuai untuk berjalan-jalan, berdating sana sini. tapi aku lebih suka duduk dalam bilik sambil goyang-goyang kaki, baca magazine dulu kala, dengar lagu baru dan lama, bukak facebook dan twitter. Hidup bujang, gini la kisah nya yeop !

to all my follower :)

ps: aku bersyukur sebab aku tak berkeseorangan di dunia ini. salam.

Friday 14 September 2012

Kita Bertanya, Al-Quran Ada Jawapannya.

Assalamualaikum.

Terus terang cakap, aku tidak pandai dalam agama, dan tidak sama sekali nak tunjuk pandai dalam soal agama. Ini hanya untuk perkongsian bersama, sebagai peringatan buat diri sendiri dan juga buat sahabat semua. Wahhh, tetiba aku rasa macam dah berjaya buat intro yang cukup enak di baca. Syukur. Ye laa, sebab BM dulu tak bape nak power even dapat A1 in BM. I'm cool. yeaaahhh.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta.” [Surah Al-Ankabut ayat 2-3]

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” [Surah Al-Baqarah ayat 216]

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [Surah Al-Baqarah ayat 286]

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman.” [Surah Ali Imran ayat 139]

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” [Surah Ali Imran ayat 200]

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” [Surah Al-Baqarah ayat 45]

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…” [Surah At-Taubah ayat 111]

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” [Surah At-Taubah ayat 129]

Tabahkanlah hati wahai diri..
Teguhkanlah pendirianmu walaupun hakikatnya jalan ini penuh dengan onak duri..
Bukannya Tuhan tak mengerti apa yang tersirat di sanubari..
Jangan kau ragui kerana ironinya Dia yang memegang hati-hati ini..
Biarlah! Jangan hiraukan kata-kata manusia yang kadangkala menjengkelkan hati..
Bukan kata-kata manis atau puji-pujian manusia yang aku cari..
Andai disetiap langkah itu adanya redha Illahi, itulah yang sepatutnya aku kejari..
Kuatkan aku Ya Allah!

posing sikit. hehehe - - '


ps:cekalkan hati, kuatkan iman. perkongsian yang aku dapat dari facebook.
salam jumaat. terima kasih.

Wednesday 12 September 2012

6 Soalan Imam Ghazali

Assalamualaikum.

To be short, and aku jenis yang tak reti nak buat intro yang super power. Aku terus kan dengan apa yag aku nak kongsi. In sha Allah berguna untuk semua. Smile :)

Suatu hari, ketika Imam al-Ghazali berkumpul bersama dengan anak-anak muridnya, lalu beliau bertanyakan beberapa soalan.

Soalan Pertama : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid - muridnya menjawab " ibu bapa, orang tua, guru, kawan dan sahabat ". Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah " MATI ". Allah SWT berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 185, maksudnya : " Tiap - tiap yang bernyawa akan merasai mati ".

Soalan Kedua : Apakah yang paling jauh dengan kita di duna ini ?
Murid - muridnya menjawab, " bulan, bintang dan matahari ". Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar ialah " MASA LALU ". Walau dengan apa cara sekalipun, kita tidak dapat kembali ke masa-masa yang telah lalu.

Soalan Ketiga : Apakah yang paling besar di dunia ini ?
Murid - muridnya menjawab " bukit, gunung dan bumi ". Imam al-Ghazali membenarkan jawapan tersebut tetapi katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah " NAFSU ". Firman Allah SWT di dalam surah al-A'raf ayat 179 yang bermaksud : " Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi Neraka Jahanam, kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah) ". Maka kita seharusnya lebih berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke Neraka Jahanam.

Soalan Keempat : Apakah yang paling berat di dunia ini ?
Murid-muridnya menjawab " besi dan gajah ". Kata Imam al-Ghazali, semua adalah benar, tetapi yang paling berat adalah " MEMEGANG AMANAH ". Di dalam surah al-Ahzab ayat 72 Allah SWT berfirman maksudnya : " Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak dapat melaksanakannya (berat), lalu manusia pun memikul amanah itu. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan ".

Soalan Kelima : Apakah yang paling ringan di dunia ini ?
Murud-muridnya menjawab " kapas, angin, debu dan dedaun ". Semua itu adala benar kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah " MENINGGALKAN SOLAT ". Gara-gara sibuk bekerja, tidak cukup masa, komitmen duniawi maka kita meninggalkan solat. " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk ". Surah al-Baqarah ayat 45.

Soalan Keenam : Apakah yang paling tajam di dunia ini ?
Murid-muridnya menjawab dengan serentak " pedang ". Benar kata Imam al-Ghazali tetapi yang paling tajam adalah " LIDAH MANUSIA ". Kerana dengan lidah, manusia selalunya terlepas cakap sehingga menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri bahkan merosakkan diri sendiri.

Wallahu a'lam.

ps: semoga kita dapat bermuhasabah diri.
Jazakallah Khair.

Sunday 9 September 2012

Our Merdeka Raya 2012 !

Assalamualaikum...

Hello people,
Bagaimana hari sabtu anda semalam ? Best tak ? Ohsem tak ? Ehemmm Ehemmm Ehemmm... sambil buat duck face lepas tu rasa macam nak tampar diri sendiri. Hari sabtu aku sangat sangat sangat best sebab cuti. Teeetttttttt - - ' . Setakat nak cakap pasal hari sabtu cuti, tak payah la nak tulis dalam blog. Terserlah sangat ke-mereng-an otak aku ni. Aigoooo !

Okeh... entri kali ni tak nak taip panjang-panjang sebab korang mesti malas baca kan ? Tau dah. hekhekhek. Pada hari Sabtu bertarikh 8hb September 2012 iaitu bersamaan dengan 21 Syawal 1433H, kami pelatih kejururawatan telah menghadiri majlis Sambutan Hari Raya dan Sambutan Kemerdekaan di kolej kami. Majlis ni berlangsung di kawasan parking kat belakang hostel. Even tempat tak grand tapi majlis cool and best tau. Thumbs up untuk Nursing batch 2/2010 sebab dyorang yang menguruskan majlis ni. Aku dan kawan senior yang dah nak habes ni hanya datang dengan perut kosong jee. winkwink.

So, 1,2,3 Enjoy people.

memperkenalkan, bff aku kat kolej ni.  ada seketul lagi tapi dia takde. T.T
ini pulak classmate aku. sayang semua.
baju kuning tu memegang watak sebagai pengacara majlis. siap jadi penghibur lagi. suara dia  best tau.
ini pulak kawan sama praktikal. dah 5 sem praktikal samaII. weeeeee :)
bersama 4 orang jejaka kacak. ini pon classmate aku jugak.
baru suku tau. - - '.
ha'a. ni baru merdeka raya. siap pegangII bendera tercinta. :)
kalau jumpa camera, masa makan pon sempat posing. ha'a. realiti.
Kenapa takde gambar makanan? OH ! Dah tak tahan kebulur dah perut aku ni. Lepas habes doa makan je terus serbu makanan. Tak toleh kiri kanan terus makan. Cisss... perangai tak senonoh. Semalam sangat happening sebab ada macam-macam persembahan dari setiap semester. Dari junior ke super senior. Aku baru ingat nak menyanyi sekali tapi takut hujan turun lepas aku nyanyi, terus batalkan niat. But i'm so happy yesterday. Thank for those yang keep making me smile. love you guys so much. XOXO :)

bajet artis. - - '
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua. Dan Salam Merdeka. Ingin juga mengingatkan diri sendiri dan semua, hiasi diri dengan peribadi yang indah. Biarlah tak ohsem mana, yang penting hati yang suci. Kbai.

ps: ada satu gambar yang aku curi dari fb, sorry... :)

Jazakallah Khair.

Tuesday 4 September 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah ♥

Assalamualaikum...

Hello there,
Dah lama tak update blog, bukan kerana ketandusan idea atau ilmu atau gambar untuk di kongsi dalam blog, tak tak tak, sama sekali tak. aku hanya insan yang lemah kerana ketandusan kelajuan broadband dan ketandusan masa. sigh - - ' . ini adalah alasan yang sangat klise. who cares ? tak famous pon, so takde sape pon nak tunggu. kann ? tapi, watlek sudah. aku buat blog hanya untuk kepuasan diri. cehhh - - ' . ntah pape.

Intro yang sangat tiada manfaat. ha'a. tiada langsung manfaat. so, hari ini nak share dialog dengan semua yang baik hati sebab baca blog aku ni. jasamu akan ku kenang selalu. OH !

Sila baca, hayati, renung and etc laa...

A : Awak nak nikah tak ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah
A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH
A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki pilihan ALLAH
A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH
A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin je, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya je dgn ALLAH
A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik
A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH
A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres.. :))) ♥


Sweetkan. peliss cakap sweet. sebab aku rasa sweet. so kepada insan yang solo atau single atau bujang atau bersendiri, ingat bahawa korang bukan forever alone. jangan berhenti berdoa dan berharap kepada Allah. sebab Allah sentiasa mendengar dan melihat.

ps: share dari fb.
pss: semoga anda bertemu dengan jodoh anda.

Terima kasih.
Salam.

Sunday 29 July 2012

Bonus di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Hello people,
First dan pertama sekali, I would like to wish "happy blessed ramadhan". Dah hari ke sembilan puasa, baru nak wish ! memang tak sopan sedikit di situ tapi buat-buat tak tau sudah. - - "

Di bulan ramadhan ini, aku rasa banyak perubahan yang berlaku dalam diri aku ni, paling ketara adalah penurunan berat badan di mana, bulan puasa ini menanbahkan lagi tahap kekeringan badan. HAHAHA. mampu ? Well, apa yang aku perasan, semua orang gembira tak terhingga bila timbang berat badan masa bulan puasa ni. Aku pon sama. siap nak lompat-lompat bintang. sweet uollss !

Opss, lari tajuk kau. Dah, enuf dengan lawak tak berapa pandai aku tu. So, ini yang aku dapat dari tazkirah masa pergi terawih semalam. Lima bonus di bulan ramadhan. Bonus ini hanya berjalan sepanjang bulan ramadhan yang mulia ni je tau, bulan lain takde.


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:


1) Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.


2) Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.


3) Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari.


4) Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.


5) Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)


Jadi apa lagi, mari kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Sebagaimana yang di sebut di dalam surah Al-Baqarah :

" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. "


Sekian, wassalam.


KotakHati: salam ramadhan semua :)

Wednesday 18 July 2012

I Love Vintage

Assalamualaikum...

Hello people,
Errr... ada masa tapi takde idea. Ha'a, aku lah tu. Hotak pening tak tau nak study subject mana dulu. Orang laen dah mula buat group discussion, tapi aku masih dengan aktiviti yang me-lagha-kan. Tapi masa post mende ni, aku study okeh. Padahal dengar roomate aku dengan group dia buat discussion. Aku plak kaki sedut ilmu yang mereka luahkan. Cool !


Yes ! I'm vintage lover. Kalau boleh semua benda nak tema vintage. Sebab bagi aku, vintage is unique. Korang plak macam mana ? Flowery kew ? Huhuhu

KotakHati: vintage vintage vintage. 

Sunday 15 July 2012

sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Assalamualaikum...

Hello people,
Fuhhh, alhamdulillah. Akhirnya ada jugak masa nak update belog terchenta ni. Cehh, bajet macam busy bebenor gamak nyerr... Aisehhhh ! Pening jugak kepala hotak nak memikir apa mende la yang aku nak update ni. Like... hmmm hmmmm hmmmm, no no no... paham tak ? So, many things to think about. contohnya which subject  suppose to read first, how am i going to study, yeahhh, i got my own schedule but still i can't make it as i want to. Bercelaru hotak aku ni haaa... Gini la gaya nyerr bebudak yang dah memasuki semester akhir. Kemainnn good-good je study. hehehehe... cut cut cut ! Merepek dah aku ni.

So, lately ni aku asyik terfikir jugak macam mana aku nak kumpul duit. Well, yelah. Takkan kau dah umur dopohlebihlebih nak harap duit parents lagi kan. Cisss ! perasaan menyesal sebab tak simpan duit elaun dari sem  satu dulu semakin menghantui hidup. *krik krik krik

Jadi di sini, amatlah penting bagi kita untuk belajar menabung tauu.Macam tajuk entri, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ha'a, memang tak di nafikan, bebudak kecik macam aku ni memang pantang tengok benda yang comel-comel depan mata, pasto tangan mula la gatal rakus seluk poket bagi duit then buat muka kiut miut sebab dapat benda comelss. Hujung bulan, buat muka innocent tepon mak mintak duit. Ha'a, macam tu lah selalu. So, aku cari penyelesaian sendiri dengan gagahkan diri tengok benda kiut kiut depan mata pasto buat-buat macam "alah dah ada dah menatang ni", so selamat lah duit di situ. Padahal hati memberontak mintak menatang comelsss tuu. sobsobsob :'(

Another tips is, bila nampak something yang kita nak, please jangan terus beli ! Think wisely fella. Adakah barang tersebut kita perlu atau just nak show off kat orang lain. Kalau perlu, amek. kalau nak show off, better berambus cepat dari kedai. hehehehe - - " . And kalau tak jadi jugak, kita tunggu tiga hari dulu, if kita still pikir kan lagi barang tersebut, haruslah beli, karang kempunan pulak kalau tak dapat barang tu. Errr, barang tu bukan lah dadah mahupun rokok ye. Barang yang di maksud kan adalah seperti patung barbie, kasut comelss, beg super awesome, baju stylo milo, dan yang seangkatan tentera dengannya.

Paling penting, kita kena ada budget ! setiap bulan kena ada budget supaya, duit kita tak lah mengalir laju macam air terjun tu haa. best nyerr kalau dapat mandi air terjun. EH ! - - " . Senaraikan barang yang kita nak beli then simpan sedikit dalam bank. Jangan masuk kan dalam bank yang sama sebab konfem kita akan keluar kan jugak duit tu nanti. Simpanlah dalam bank rakyat, bank islam, bank simpanan nasional dll. Takpee, bukak je banyak-banyak bank. Tak rugi satu sen pon.

Cukuplah tiga tips ni, sebab aku pon bukan terer bab simpan-simpan duit. Kalau korang ada cara lain, sila share. Okeh, off internet laju-laju sebab nak pergi makan. HAHAHA. Makan harus di utamakan. :)

Kotak Hati: ingat nak buat online shop tapi tak mampu - - "

Friday 29 June 2012

Jadual Untuk Semester Akhir.

Assalamualaikum...

Hello people,
Saat jari jemari aku menaip entri ni, aku dah pon guling-guling kat atas katil siap main-main suis kipas dan lampu kat asrama aku ni tau. SEDIH ! sekejap betol cuti. menchi menchi menchi. Tapi berbekalkan doa dari mak dan ayah, aku tabah melangkah keluar rumah. Siap pujuk-pujuk hati sebab tak dapat nak tengok final EURO 2012 kat depan TV rumah sendiri. Dah lah Jerman kalah. Bertambah-tambah sedih hati ini. Cisss !

FYI, sem ni aku dah sem akhir ! Dupdapdupdapdupdap jantung aku bila dah sem akhir ni. Sebab bila dah super duper senior ni semua mende kena tau, semua mende kena ada kat hujung jari dan hujung otak, nanti tak memasal jadi gagap pulak kalau budak junior tanya. Untuk itu, AMARAN KERAS dari aku, jangan tanya aku tau. Kidding - - "

Sebelum ni ada jadual belajar sendiri tapi memang tak pernah nak ikut pon. Ha'a, sebab malas. Tapi demi nak berubah *konon-konon macam azam tahun baru, aku buat jadual untuk sem akhir.

6am - 7am --->  Bangun dari tidur yang lena, Mandi, Solat Subuh, Berjalan ke kelas.


8am - 5pm ---> Berada di Dewan Kuliah siap sorok-sorok makan cekedis - - ", Rehat, Solat Zuhur dan Balik ke asrama.


6pm - 7pm ---> Mandi, Solat Asar, Makan malam.


7pm - 8pm ---> Solat Maghrib.


8pm - 10pm ---> Facebook, Twitter, Blog, Nuffnang, Email dan segala yang ada. - - "


10pm - 12am ---> Buka nota, Solat Isyak dan Study


12am ---> Haruslah tidow awal. HAHAHA.

Begitulah jadual yang aku rasa aku mampu buat. Dan harap dapat buat. Chewahhh ! Kepada semua penduduk planet bumi yang mengenali diri ini dan yang tak kenal diri ini, doakanlah kejayaan aku untuk semester akhir ni. Kbai. *Ha'a... tak sopan betol ending tuu.

Kotak Hati: semoga awak awak dan awak berjaya dalam hidup. Ameen.

Friday 15 June 2012

Model?

Assalamualaikum...

Hello people,
Setelah aku tambah tolak darab bahagi, rupa-rupanya dah berminggu-minggu tak hupdate belog ni. Dengan kerancakan perlawanan UEFA EURO 2012 antara Spain vs Ireland, sambil kunyah kentang goreng dan hirup Teh O, aku terus testing bukak belog. OH boleh laa, memang kalau niat baik Allah mudahkan punya laa... Jiwa tak tenteram bila tak update belog ni. Tapi jangan lupa untuk update iman jugak okeee. Fuhhh, bila dah lama tak menaip belog jadi macam mati otak sebab dah tak tau nak bina ayat macam ayat karangan BM masa SPM dulu-dulu. -.- '. Padahal mata dengan otak tak keruan hala tengok Fernando Torres. HIKHIKHIK. Sekarang semua pasal BOLA derrr. Makan, minum, tidur, facebook, twitter semua BOLA.

Okeh, enuf dengan intro yang meraban tak tentu pasal tu. Sebelom korang cakap aku ketinggalan zaman lemme say it by myself. Aku memang ketinggalan zaman sebab baru tau pasal pixlr.com/o-matic/ . Perghhhh ! malu ahhhh. Tapi aku buat-buat cool macam konon-konon dah tau pasal menatang tu. Dan disebabkan tahap jakun aku sampai ke paras maksima, aku geledah gambar-gambar aku yang comel dan macho untuk aku edit ! Wahhh ! aku suka edit gambar kat pixlr.com/o-matic/ sebab yang huduh pon dah jadi cantek. macam magic ! the fish - - "

Ha'a... memang muka mintak penampar

Ada macam gaya Datin tak ??!!

I'm sexy and I know it !


muka paling innocent - - "

Cukup lah kot bubuh empat ketul gambar yang bukan syok sendiri tuu. Kalau letak banyak-banyak nanti korang muntah. HAHAHA. Padahal malu sehhh. Dah macam gila glamour. Ehhh ! ikut suka jantung aku la nak buat entri apa ponn, Y U SO SIBUK ??! Errr... terlebih emosi pulak. Cut it off ! Enjoy your day people. Gotta go sebab nak sambung tengok EURO ! Babaii~

Kotak Hati: kalau lah Germany vs Spain masa final nanti. Mesti gempak kannn ? - - " *krik krik krik

Tuesday 5 June 2012

LG Cinema 3D TV contest

Assalamualaikum...

Hello readers,
Firstly, aku nak menyusun sepuloh jari jemari dengan penuh rapi memohon maaf kepada pihak Nuffnang sebab aku TERlupa giloss pasal contest ni. And nak bagitahu jugak yang aku tak pergi pon berpartehhh hari tu. Sobsobsob T_T. bukan sebab taknak datang. Aku datang Midvalley tau petang tu, tapi sebab aku bukan asal key ell so, aku tak tau GSC @ The Gardens tu kat mana. At the end, jumpa signboard tunjuk GSC @ The Gardens tapi jaoh wooo. Aku jalan kaki okeh. so, memang sentap hati sebab sampai sekarang tak mampu nak join sebarang undangan dari Nuffnang. Tapi bila dapat jemputan dari Nuffnang memang muka aku eksaited kemainnn even ada yang cakap de events tak penting pon. Aku sedih. -.- ' Dengg !

But, aku cuba sedaya upaya mengeluarkan peluh-peluh di dahi mengGOOGLE pasal dis osemmm TV. Seriously, dis TV was so amazing. Kalau TV ni ada kat rumah, konfem muka aku melekat depan TV jepp >,< ! HAHAHA.

sape ta suka tv macam ni, sila berambus ! *kidding
So, to be exact.. I choose LG LM7600 Televisions sebab bukan setakat 3D glasses and 3D sounds dia je yang bagus tapi dia juga ada Magic Remote dan Home Dashboard !

3D Glasses dia sangat nerdy tapi cool. Spek yang ringan, battery-free dan economical. Aku rasa kalau dah ringan tu konfem lah selesa masa pakai kan. Ehemmm... kalau nak pakai buat bergaya sambil amek gambar dengan muncung itik pon boleh jugak sebab dia ringan sangat dan boleh di usung ke mana sahaja destinasi anda ! setakat 16g ape ada hal. ye dak ?

budak tecik tu pon pandai bergaya dgn spek tu. korang apatah lagi kan ? HAHAHA

Dan TV 3D seakan-akan sama dengan Cinema Screen design tau kawan-kawan. Macam ni haaa...

orang rabun pon nampak aihhh :D
3D sounds dia pulak kemainn hebak tau geng ! Memang feel macam tengok movie yang 3D kat panggung wayang tu haa. Hebak dak ? Orang yang kurang pendengaran pon, mmungkin dah boleh menjadi pendengar terbaek kot. -.- ' hikhikhik. Dan semestinya TV aku kat rumah tu tak mampu nak lawan sounds dia ni. T_T

konfem dengar dengan jelas, terang dan nyata. mampu ?
OH ! dengan TV smart ni korang boleh control tahap 3D depth tu tau. Perghhh ! memang korang akan sangat menghayati jalan cerita drama-drama feveret korang la. Boleh feeling habess bak ang. lagi-lagi drama hindustan.

nak terjojol lebih atau sikit, itu pilihan korang !
Kepada kaki tangan dan segala anggota badan yang minat sangat bermain games, aku pasti korang akan teruja sebab dengan TV ni, korang boleh main berdua dan both players boleh tengok secara full screen. See, adil kan. No bias tau >.<  DUAL PLAY !

kitew nak main super mario lahh -.- '
Home Dashboard macam gambar ni haa..

simple, easy and most customizable user interface.

2D and 3D. you'll see the different kaann ? Tapi konfem nak tengok 3D kannn ? Ahakksss -.- '

korang boleh tukar bila-bila masa je. 

Nak berskype pon boleh laahhh... So amazing !

boleh skype ngan mak mentua itew ! 
Yang giler glamor. Ehh ! yang giler kan K-Pop macam aku ni pon boleh tengok concert real depan mata macam ni kau. Sukew itew tawww ! 

boleh tengok super junior oppa ! -.- '
 TV smart ni dah macam smart phones jugak. Ada social center, sambil tengok TV gedabak besau depan mata boleh lagi bersosial tauu. 

sila add facebook saya. pelishhh -.- '
 Fuhhhh ! panjang tak entri kali ni ? macam biasa jepp. tak nak letak harapan penuh pon. tapi kalau dapat tv sebijik macam ni, ini hadiah untuk family. Untuk maklumat lanjut yang tiada sempadan, oleh lah terjah ke sini ---> LG

Kotak Hati: semua gambar adalah ihsan dari LG. Macehh bagi pinjam gambar tau. HAHAHA. stay cute people...