Monday, 4 June 2012

Ze Wedding ♥

Assalamualaikum...

Hello readers,
Hemmm... sambil tahan rasa lapar dan dahaga, errr.. dah macam puasa lah plak. Tapi ini memang serious ! cafe sesuka jantung sesedap hepar je pergi tutup. Eden lapor ni haa, jangan sampai eden jadi zombie. -.- ' . Actually, I dunno how to start, where to start because I got a lot of things to tell about ze wedding. It was so osemm and makes me feel like " I should get married soon ". OH maiii.

Konon-konon aku janji nak datang rumah ze bride pukul 7am but at the end I showed up my face around 8.30am, and that's not cool at all. But at least I didn't miss the akad nikah punyer majlis tau. HAHAHA. Lagipun masa aku tayang muka aku tu, mak andam tak siap solek-solek kawan itew lagi. So, why rush ? Ahakss -.- '. Aku tak tau la macam mana ekspresi muka aku masa tu. Ze feeling lagi lah, bercampur aduk macam nak buat cucur udang. Err, kenapa aku feeling macam aku plak yang jadi pengantin ni ? hello ! wake up olie, you just the bride maid je tau. HIKHUKHIKHUK. Tapi memang macam tu lah ze bride punyer feeling tau. Siapa nak kawen je yang rasa, aku yang single ni memang tak rasa la tapi maybe masa aku nak kawen nanti aku feeling-feeling macam tu lah kot. HAHAHA. Gatal betol -.- '.

Alhamudulillah, dengan sekali lafaz ze bride sah menjadi yang HALAL for ze groom. Cayalah bro ! Wa salute sama lu. HAHAHA.

ze groom Mohd Khairul Ridduan Hamzah and ze bride Nor Atiqah bt Mohamad.
she's so beautiful. Kannn :)
Majlis akad nikah berlangsung pada pukul 9.30am. Then, ze couple salam-salam with semua tetamu and ze photographer take chances to snap their's photo. Aku dengan yang lain sibukkan diri kat dapur. I'm a big gal you see. Bangga ! Wa rasa wa bride maid yang paling rajin dan paling poyo with sengal style. T_T

So, we makes ourself busy by tolong kerja kat dapur then gossip sana sini. Luahan rasa rindu antara satu sama lain. Memang tak hengat wajah sorang-sorang tetapi lobang hidung still maintain membuatkan otak cepat je kenal kawan lama. Kidding -.- ' . Then, mak andam datang lagi untuk solek masa bersanding plak pada pukul 2pm. This time memang lama and memang berbaloi. I like this style so muchi muchi tau.

before keluar bersanding, the gal take photo with ze bride ! jyeahh, ze purple one is me. -.- '
peace yaww. we are married now. dun be jelly -.- '
Errr, so di sini aku nak habaq mai kat hampa semua, masa aku duk tepi jadi pengapit... aku rasa seriau gila lah. Aku duk berpeluh lebih haa. Tak tau nak kata pa. Muka tak boleh nak senyum. Kalah pengantin tau. Itew malu tau. sumpah tak tipu. T_T. menchi menchi menchi tau -.- '

After tabur-tabur beras bagai, MAKAN time ! aku yang sememangnya kebulur tahap mintak nyawa terpaksa cover cun masa makan. HAHAHA. sopan macam perempuan melayu terakhir tau. Then potong kek. Lepas tu sesi bergambar dengan raja sehari. Tapi aku pergi melantak kek. HAHA. tak sopan. sila jangan tiru aksi ini di mana-mana majlis.

The best part is ktorang siap join ze pengantin pergi amek outdoor photo. WAhhh ! aku pantang bab bergambar ni haa. Tapi terpaksa tahan diri sebab this is not my wedding . T_T.

selamat pengantin baru ma dear eyka !

semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

ha'a. yang gelak sampai nampak gigi tu aku la tu -.- '

See, this photo makes me feel like nak kawen. HAHAHA. big thanks to momok photography for the osem picture ! i like it very much. And tahniah buat ma beloved friend. Kalau pergi sabah jangan lama sangat tau. Aku takde geng nak lepaking bila cuti semester nanti. sobsobsob.

Lastly, gambar aku testing gaya turban. And jyeahh ! aku suka style konon-konon macam yuna ni. Aku minat yuna so, style dia pon aku minat. Who cares ?!

sila jangan salah anggap antara tudung aku dgn kotak hadiah tu. -.- ' 
Kotak Hati: mak, itew nak kawen ? pelishhh -.- '

Traditional ---> part 2

Assalamualaikum...

Hello readers,
Sumpah tade rasa rindu kat blog pon. Adakah sebab kitew busy sampai kitew lupew kan blog kitew niw ? Jadah je aku rasa cakap macam ni. Well, memang aku agak tak senang duduk dan baring dengan aktiviti-aktiviti yang memang memenuhkan jadual aku yang dah sedia penuh. First, nurses day tapi aku tak kan update pasal tu sebab takde gambar. Sedih T_T. Then busy jadi bride maid untuk my beloved friend. Macam aku plak yang jadi bride nyerrr. Will update about it later. HAHAHA

Sambungan pasal permainan tradisi yang dah bertahun lama nya, tapi dis time taknak cakap pasal permainan tapi more pasal kenangan semasa zaman sekolah. Tradisi jugak la kan menatang tu semua. Well, if you still remembered, masa sekolah dulu mesti akan ada seorang makhluk yang datang kat kita pastu tiba-tiba cakap " ni buku biodata, isi lah. kau pegang la satu malam, esok bagi balek ek ". Aku memang jenis noob sejak lahir so dengan selamba buaya aku amek buku tu teros belek-belek. "Mak aiii, cantek gilosss ! Menatang apa plak la buku biodata ni haa " . Dah semua orang buat cantek-cantek, aku pon perah otak secerdas mungkin la cari idea. Nak putus urat kentut tau pikir idea untuk buat buku biodata. Demmm !

Satu malam di habeskan dengan aktiviti yang entah pape. Tapi bila dah siap, senang hati. Lagi-lagi bila orang lain tengok siap puji-puji lagi. Malu itew tauuu -.- ' . siap tersembul bulu hidong itew. KAHKAHKAH. akutipuje. Zaman sekarang, konfem tak wujud dah benda-benda macam ni. Sekarang zaman aku beli ipad tapi you paid tau ! Dengg !

muatturundigoogle. itew pinjam tau awak. macehh ^^
Bukan setakat ada buku biodata or buku profile bagai tau masa aku sekolah dulu. Paling budak-budak sekolah suka buat dulu is buku lirik lagu. Wahh kemainn semangat menghias buku tu, dan semestinya lagi cantek dari buku latihan mahupun nota. Dan konfem lah banyak lirik lagu yang dimuatkan didalam sesebuah buku itu. Aku tak terkecuali meminjam buku tersebut untuk hafal lirik lagu. Oh myself, so gonjeng tau ! Konon-konon hafal lirik lagu sebab berangan nak jadi retis yang HOT padahal suara yang ada ni, kalau juri dengar ayat yang dia cakap ---> " please, go back and practice ". Demi taknak jatuhkan airmuka yang comel ni aku padamkan angan-angan nak jadi retis. T_T

Sudah cukup sudah. Tak larat nak taip panjang-panjang. Ayuh solat maghrib dulu then I'll update about de wedding kayy... Stay cute people !

Kotak Hati: aku sedang memikirkan naseb perot yang sedang kelaparan sebab cafe tak bukak. -.- ' 

Friday, 25 May 2012

♥Traditional♥ ---> part 1

Assalamualaikum...

Hello people,
Gilosss berdebu blog aku sehhh ! seriously dah lama tak buka blog sebab buat-buat sibuk dengan aktiviti harian. *ini serious. Actually, dalam otak ni rasa macam nak update pasal rasa ketidakpuasan hati, kesakitan hati, kesunyian hati, semua nya pasal hatilah. Tapi, I'm not gonna mengamuk tak tentu arah kat blog tercinta ni. So, I'm gonna update about something that used to be my favorite games when I was a little kiddo. And I'm totally miss that time a lots. I miss my childhood friends, the backgrounds, the feeling of being a little kiddo. Be manja-manja with semua orang. Ahakksss !

So, have you ever heard about batu seremban, ting ting, galah panjang, konda kondi, sembunyi-sembunyi, kejar-kejar, choop tiang, zero lobang tikus (betol lah kot ) and etc. This idea comes out after my friends and I spent time talking about our childhood memory. Surprisingly, we're played the same games even we're comes from different country. Nama permainan jepp yang laen. HAHAHA.

Aku dulu memang suka giloss maen menatang ni semua masa tecik-tecik dulu tau. Paling best is maen kejar-kejar, siap ada lagu before nak tentukan siapa yang kejar siapa. Tau tak maen kejar-kejar tu apa? Alaa... macam police entry tu. Selalu jadi penjahat tapi kesian kat pak polis sebab tak mampu nak kejar anak dara yang ligat berlari ni haaa. ( sekarang dah pancit okeh. demm ! -.- '. ) 

macam ni lah maen kejar-kejar dulu. menjamin stamina yang kuat hingga ke tua ! 
Then, masa zaman sekolah rendah-rendah lagi rendang, aku suka maen choop tiang/jaga tiang before masuk kelas. sebab selalu datang awal ke sekolah tau. ( i'm such a nice gal kan ? -.- ' ). Pasto siap bertitik-titik peluh betina keluar. Tapi syok gilosss. Paling lawak, siap angkat kain nak lari. Jadah betol ! HEHEHE.

haaa.. macam nilah maen choop-choop tiang tu.
Pasto masa lepas dah habes exam UPSR, cikgu takmo kasi cuti tau ! suka suruh kami tunggu kat sekolah. Eishhh ! memang tak suka tau. BOSAN, tapi untuk menghilangkan perasaan bosan yang berganda-ganda dalam benak hati, ktorang maen batu seremban. Kenapa batu seremban ? Lu pikir lah sendiri der -.- '. Sambil duduk dengan sesopan dan se-ayu yang mungkin baling-baling batu, lambung-lambung batu, tangkap itu batu. HAHAHA.

kalau ada orang kacau masa maen, baling je dengan batu ni. the end. -.- '
Selain dari batu seremban ni, satu lagi yang seangkatan dengan beliau ialah ceper atau tutup botol. Aku terer bab memesongkan ceper ni. Sanggup tau hamek tutup botol kicap tu sebab nak maen menatang ni.

jentik sama dia. jyeahhh !
Lagi satu games yang aku suka maen even masa tu bulan puasa is rounders. Macam softball gitu. Fuhhh ! maen sebelah rumah jiran, then terpecahkan tingkap. Well, it's OKAY ! itu kawan aku punyer keje. Aku plak  pergi lambung kayu sampai terkena gigi anak orang. Then dengan selamba muka tak bersalah aku jerit "aku dah cakap jangan duk situ kann. padan muka kau !" then mak dia datang. Aku apa lagi, pecut lari masuk rumah laa. *tipu.

Banyak lagi kenangan masa zaman hidung berhingus dulu. Banyak sangat yang nak di kongsi kan dengan korang yang sudi menjengah, menterjah, membaca, merobek, mengkorek blog usang yang naif lagi noob ni. Mungkin ada part dua. Nak kongsi aktiviti yang budak sekarang takde dan tak mungkin ada. Apakah ? Jengjengjeng -.- ' .

Kotak Hati: mata dah layu dan kuyu. good night people.