Wednesday 18 April 2012

Malam Pertama ! Malam Yang Menyeronokkan !

Assalamualaikum...

Hello people,
Perghhh ! Tajuk entri memang boleh buat orang mengalami epistaxis ! Mende pulak la makna epistaxis tu ? Oh ! itu makna nyerr hidung berdarah. Tengok tajuk la, masing-masing mata berkaca-kaca konon-konon ada gambar yang HOT and panas. Otak pulak dah mula berkuning-kuning bila tengok tajuk. Hahahahaha. Okehh ! Kidding ^^ !

Aku single dan susah nak available. Errr ? Kalau dah kawen, ingat nak kongsi ke ? Cehhh ! Maen jauh-jauh sana. Hahahahaha. Well, mengikut jadual yang telah ditetapkan, aku dan dua ketul kawan aku iaitu Ashikin dan Azira harus bekerja pada syif malam. Okeh, the dua ketul tu dah rasa syif malam ! Tapi aku baru rasa malam pertama. Weeee ! Kemainn eksaited aku masa jadual keluar tau! Eksaited sampai buat muka nak minta penampar selaju 180km/jam ! Gila hepi. Aku seketul je yang tak rasa syif malam dalam group aku tu, so sunatlah kalau aku terGEMBIRA lebih kannn ? Winkwink.

Masa hari pertama mula kerja malam, orang kemainn tidow waktu petang untuk simpan tenaga nak kerja malam nanti kann, tapi aku memang jenis tak suka nak tidow *ini statement tak boleh pakai langsung* sibuk berMUKABUKU dengan mengepost status itu ini, komen sana sini, dan hentak kepala ikut rentak lagu masa kini. Sengal -.- ' . Orang lain semangat suruh aku tidow dan tak lupa cakap good luck kat aku. Ingat nak pergi berperang ? Pheww ! Memang muka senyum seharian, takde monyok-monyok atau masam-masam. Senang hati la katakan. Winkwink.

Mulakan langkah dengan doa semoga segala pekerjaan dipermudahkan olehNya. Berbekalkan hati yang sedang gembira tanpa sebarang duka, da alhamdulillah segala kerja dapat dijalankan dengan sebaiknya. Penat dan mengantuk masa kerja malam memang tak boleh nak cakap. Nak kena berjaga satu malam tanpa facebook dan blog terasa kekosongan sedikit di situ. Chewahhh ! But, its OKAY ! My patient is my priority then facebook and blog.

see ! muka minta penampar selaju 180km/jam.


Okehh ! Sekian sahaja berita untuk hari ini. Jumpa lagi ! Kbai ! Till then, senyum selalu.

Kotak Hati: Hari pertama dan kedua kerja malam, aku tak tidow ! Dan sekarang aku mengantuk tahap cipan merengek nak mintak di dodoikan. Walawehhh !

4 comments:

Sis AI said...

Aik, ni sis krja apa ni? BTW, untunglaah mta sis jnis 'kebal' punya.. Dlu2, sy gian jgk dgn bnda2 sosial kat pc ni. Tp skrg, klu dh ngantuk tu, taknk dtahan lg mata. Mmg fkir nk tdur je, dh tak pduli. Mybe sbb dh lali kot..

!~ Dolly Auliya ~! said...

@Sis AI i'm a student nurse. huwaaa ! untungg laa kan mata kebal. sekali lelap, tu diaaa... susah nak bangun bak kat hang. hehehehhe :D

Hidayah said...

pad merah dibahu x menahan tu seniorita hehe.. selamat bertugas wahai cik nurse :)

!~ Dolly Auliya ~! said...

@Cik Terapis ehhh, dia pon seniorita jugak... malu2 plak yepp. hehehe... thanks ! kamu jugak yepp, slmt bertugas. "kami sedia membantu"