Sunday 29 July 2012

Bonus di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Hello people,
First dan pertama sekali, I would like to wish "happy blessed ramadhan". Dah hari ke sembilan puasa, baru nak wish ! memang tak sopan sedikit di situ tapi buat-buat tak tau sudah. - - "

Di bulan ramadhan ini, aku rasa banyak perubahan yang berlaku dalam diri aku ni, paling ketara adalah penurunan berat badan di mana, bulan puasa ini menanbahkan lagi tahap kekeringan badan. HAHAHA. mampu ? Well, apa yang aku perasan, semua orang gembira tak terhingga bila timbang berat badan masa bulan puasa ni. Aku pon sama. siap nak lompat-lompat bintang. sweet uollss !

Opss, lari tajuk kau. Dah, enuf dengan lawak tak berapa pandai aku tu. So, ini yang aku dapat dari tazkirah masa pergi terawih semalam. Lima bonus di bulan ramadhan. Bonus ini hanya berjalan sepanjang bulan ramadhan yang mulia ni je tau, bulan lain takde.


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:


1) Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.


2) Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.


3) Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari.


4) Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.


5) Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)


Jadi apa lagi, mari kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Sebagaimana yang di sebut di dalam surah Al-Baqarah :

" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. "


Sekian, wassalam.


KotakHati: salam ramadhan semua :)

2 comments:

Qashmere said...

Salam Ramadhan..
Terima kasih dengan perkongsian ini.

Take Care

Putera FarhanShah said...

walaupun sudah berkali2 dikhabarkan akan kemuliaan dan keberkatan bulan Ramadhan tetapi masih banyak insan2 tidak sedar akan perkara ini..sangat sedih..:'(..btw nice articel..