Wednesday 7 November 2012

Momentos at Putrajaya

Assalamualaikum.

Ehh, dah lama dah biarkan blog ni. nak taip entri tapi tak ada masa, kalau ada masa tak ada idea. sekarang ni baru ada masa dan idea. hehehe.

Alkisahnya bermula pada hari sabtu pagi hening yang bertarikh 3hb November 2012, aku dan kawan-kawan aku yang dah pre-merdeka sebab baru habis final exam men-decide-kan diri untuk me-release tension di Putrajaya. Niat sebenarnya nak buat kad pengenalan baru. Takde motip lain pun pergi Putrajaya. OH, ha'a, memang saje je nak buat jauh-jauh. Nanti bila ada orang tanya, boleh jawab "OH, I buat kat Putrajaya" . Konon meletop ! hikkss.

Maisarah ke Abby ke Ashikin ke Auliya. masih segar dan bugar lagi di pagi hari. hekk :)
Masa tengah tunggu teksi nak bergerak ke KTM, si Maisarah ni sakit perut. Gastrik. Alahai, kesian beliau sebab tak dapat nak men-join-kan diri beliau. Padahal, beliau lah yang bersemangat mengajak kami pergi ke Putrajaya bagai. Takde rezeki beb.

Ktorang yang bertiga ketul ni pun meneruskan misi menjejakkan kaki ke JPN atau Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya. Amek KTM lepas tu turun ke Serdang. Lama la jugak perjalanannya, aku siap mabuk darat lagi. Untung tak muntah hijau je kat dalam KTM tu. tskk. Tapi masih boleh gelak-gelak tengok cartoon Tom n Jerry. *aku minat cartoon tu okehh - - '* .Setibanya di KTM Serdang, perut menghentak-hentak lapisan perut mintak sesuap nasi dan seteguk air untuk tenaga.

Bab makan, memang aku selalu laju tapi badan seketul jugak. What else to say, kurniaan Allah. Syukur.

Nasi Lemak di KTM Serdang. Sedappp... tapi tak minum kopi O, aku minum milo ais. 
Lepas dah kenyang perut, baru senang hati nak berjalan-jalan. yeay ! Siap berposing di atas jejantas untuk seberang jalan.

purplelicious... cantek kan dyorang. hehehe. :D

me in blue and yellow :D
Geram dengan jejantas ni sebab panjang sangat. penat nak jalan. hahaha :P
Okeh dah sampai ke bus stop, sila amek bas yang menuju ke Putrajaya. Ktorang ni sebenarnya first time datang ke Putrajaya dengan sendiri nya. Selalu pergi ikut rombongan sekolah. Ouhh, momentoss... Naseb baek pakcik yang bawak bas berspek mata hitam tu baik, berhenti betul-betul depan JPN sebab dah memang ada bus stop kat situ wehh - - ' .

Sampai je depan JPN, mata ni kagum je sebab jejak situ. Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi. yeay yeay yeay ! Ni bahagian depan JPN.

jeng jeng jeng...
Ni pulak bahagian dalam. okeh, i'm not a good photographer. ni je la yang mampu. hehehe

taraaaa,,,, :P

okeh, berbaris untuk amek nombor giliran, pakcik tu cakap kat budak lelaki yang beratur depan ktorang, tak payah tukar lagi lah, baru je kan. bukan wajib pun. aku dah buat muka cuak sebab ic aku pun bukan muka zaman darjah enam dulu. hekhekhek. kawan aku buat ic baru sebab hilang, yang sorang lagi buat sebab dah lama aku pulak nak tukar sebab nak tukar laa,, berkat muka sedih dan suara yang separa sedih, berjaya ! yeay ! we did it.

tunggu turn. lama.

- - '

pukul 12 lebih la baru selesai urusan kami kat sini. lepas tu aku mula lah pening kepala sebab lapar. tak tau nak makan kat mana, last-last sanggup jalan kaki dari JPN ke Masjid Putrajaya. Jauh okeh. Sangat jauh. berapa kilometer entah. yang pasti memang membakar lemak. hahaha.

mood happy before jalan ke masjid putra.

hehehe :)

nak posing jugak :P

jalan yang lengang di hujung minggu.

ni yang cantik ni... huhuhu :D

suka main air nahhh... O.o

okeh. aku betul-betul basah.

dalam masjid :) cantik.

setelah menunaikan kewajipan kepada Illahi, kami pun pergi makan. nasi kandar for lunch. masing-masing blur sebenarnya tapi buat cool. okeh. im a cool gal. dalam tak sedar pukul berapa, masing-masing binggung tak tau macam mana nak balek. T.T . nak naik teksi mahal. ada rm27, ada yang guna meter tapi tambah rm5, last sekali rm25. kami nak bas, tapi bas takde. akhirnya, pilih teksi. melayang rm25. harga tu untuk satu teksi. kalau naik bas just rm1.90 je. beza sangat. - - ' pffttt.

Aku punya penat, siap lentok manja dalam teksi, bila sampai pun tak sedar. Tapi pakcik teksi tu baik, sebab kurangkan harga jadi rm20. kawan aku cakap sebab aku pandai buat muka sedih. dan kalau buat memang menjadi. ahahaha.

Seperti biasalah, tunggu KTM untuk pulang ke asrama. sampai je hujan lebat. lari-lari anak masing-masing. itulah kisah pengembaraan aku dan teman-teman. chewahhh...

chop ! ada benda yang nak di kongsi. aku tangkap masa dalam lif kat masjid. hehehe. renung-renungkan dan beramal.

ingat tauu...

terima kasih. sekian.salam.

psss: aku tak edit langsung gambar. first time tak hedit, menchi. *lambai tangan*. bye.