Monday 30 April 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

Assalamualaikum...

Hello people,
Yeahhh ! Memang dah lama tunggu detik ini muncul. Hari-hari belek kalender tauu, padahal duk tengok tarikh cuti. Nak balek rumah ! HUargggghhhh ! <--- raungan semangat anak perantauan ! -.- ' *sigh.

Errr ! Dengan penuh keazaman yang tinggi bak gunung eberess ! Aku melangkah kaki ke PWTC. Terkedek-kedek melintas jalan, dah macam itik yang masuk acara lumba lari. Hahaha... Sampai je, terus jalan tengok buku yang ada. Tapi paling nak pergi gerai PTS ! Dengan harapan nak jumpa Lyssa Faizureen, tapi takde jodoh nak jumpa mahupun terserempak dengan beliau. Sedih T.T . Then, tengok buku motivasi. Terus hamek seketul. Pastu belek lagi dan lagi dan lagi. Tetiba ternampak gerai GEMPAK STARZ ! Komik ! Cepat-cepat pergi bayar buku pastu serbu komik. Borong LAWAK KAMPUS ! Then muka terus senyum sampai ke cuping telinga. Fuhhh ! Ini gambar aku, sebab ini belog aku. Hahahaha !

kembang kempis lobang hidung tengok lawak kampus. Dah complete semua ! Muahhh !

Comel giloss ini bear. Nak culik tapi tak larat angkat -.- '

Malu mak you olls tengok ! -.- ' Errrr ~

Siap hamek nombor giliran. -.- '

Motif ? Saje nak bagi korang takde selera makan. -.- '

Okeh ! Nak balek. Kbai PBAKL2012 !

Kegilaan. Kegemaran. Kesedapan.

Makan sebelom balek. Kembalikan tenaga untuk berebut masuk KTM ! -.- '

Kotak Hati: Nak pergi lagi *hentak kaki !

Friday 27 April 2012

Kerjaya Kejururawatan

Assalamualaikum...

Hello people,
Lama tak jejak jari mulus dan halus ke blog ni haa ! Rindu tak ? Rindu tak ? Rindu tak ? -.- ' . Kinda busy lately, practical pastu gigi meragam minta di lepaskan setelah bertahun-tahun hidup bersama. Sentap hati satu hari sebab terpaksa melepaskan beliau. Sobsobsob T_T .

Enuf enuf enuf ! Takmo ingat lagi peristiwa menyayat hati ini. Sesungguhnya dahku relakan kau pergi wahai GIGI ! Hahahahahaha. Ingat after cabut tak sakit, tapi sampai sekarang still sakit ! Bengkak whoaa ! Makan pon yang lembut-lembut je. Nak makan kepci ! Nak makan kepci ! Nak makan kepci ! *dpt makan cheesy wedges je. -.- '* . The end !

Okeh. bukan nak cerita pasal gigi. Sebenarnya nak cakap yang my kolej masuk TV3! Siapa tengok MHI semalam mesti tau. *aku tak tengok sebab dating dgn doktor gigi* Wahhh ! ohsemm tau. Tapi nak nanges lagi sebab muka takde. Muka senior je sebab mereka kat kolej. Yang ktorang ni semua praktikal. Menangis keluar air mata tiga titis. Huuuuu ~ Ini video yang aku dapat dari you tube ! Thanks kepada yang donload tuu ! Muahhhhh ~ -.- '


Saya bangga dengan kerjaya saya. "KAMI SEDIA MEMBANTU". So, apa pendapat korang mengenai kerjaya jururawat ni ? Luahkan isi hati korang di kotak komen. *sambil buat muka innocent*

Kotak Hati: Teringin nak masuk TV ! -.- ' pffttt.

Saturday 21 April 2012

LG Cinema 3D Smart TV

Assalamualaikum...

Hello people,
Exam  is coming ! Gelabah betol bila nak exam, mulalah nak selak sehelai demi sehelai muka surat nota. Cisss ! Kalau tau prepare awal-II then tak payah nak tertonggeng-tonggeng baca dan hafal nota. T_T Hahahaha... Tapi itu tak mematahkan tulang jari aku yang lembut untuk terjah Nuffnang ! Winkwink ! Actually, pikir lama jugak before join ni, sebab aku tak pernah pergi ke party ! Naif tak ? Naif tak ? Naif tak ? Suci murni bak lagu suci dalam debu nyanyian Saleem. Malu mak jemah tau. -.- ' . Kehkehkeh...

Dengan paduan semangat gemuruh perut yang kelaparan dan ketukan pintu hati secara bertalu-talu, gigihkan jari jemari memasukkan diri ke rumah Pakcik Google ! Geledah pasal LG Cinema 3D Smart TV ! @..@ <--- mata macam ni haaa ! Berkaca-kaca tengok TV Smart wehhh. " MINIMISED FRAME, MAXIMISED 3D " ! Sememangnya ohsem dan very the smart ! Kalau dapat sebijik ni, boleh bagi kat mak buat hadiah untuk hari ibu * hari ibu lama lagi. kalut ngat aihhh -.-' *.

So, apa yang menarik sangat pasal LG Cinema 3D Smart TV ni ? Okehhh ! First sekali, bak kata LG " It's amazing when it's off, breathtaking when it's on. ". The words itself dah buat kita rasa eksaited nak tahu kecanggihan TV tu kannn ? Well siapa yang tak nak TV superb ohsem macam ni kannn..

LG Cinema 3D TV - LM960V Series Image
siap terjojol keluar kepala si panjang tu haaa ! sempoi tak ? -.- '

Win the Ultimate F1™ Experience
pinjam dari LG. hewhewehew ^^ .
Haaa, seronok kot tengok TV macam kat cinema tuuuu ! Gambar yang cantekk dan menarik ! Boleh duduk lepak-lepak dengan satu keluarga sambil having fun tengok TV yang cool. Baru lah cool. Kannn ? Jeles tak tengok TV macam ni ? Sumpah aku jeles kalau ada orang pakai TV ni, sebab tak mampu nak beli T.T * menangis lagi dan lagi *.

Untuk pengetahuan lebih lanjut boleh didapati di SINI ! atau SINI !. Jangan malu-malu untuk turut serta berpartehhh. Sekarang nak sambung study sebab nak final exam. Kesian kat nota sebab kena jeling je sejak nak pergi berperang ni. Haishhh -.- ' .

The details :
Date: 19 May 2012 (Saturday)
Time: 6.30pm – 8.30pm
Venue: Courtyard Garden, Bukit Damansara
Dress code: Casual

Kotak Hati: Lets party people ! Having fun ! Cool huhh ? Love you . Thanks.

Thursday 19 April 2012

Cantiknya Wanita Apabila...

Assalamualaikum...

Hello people,
See, aku sibuk sangat minggu ni. Padahal aku bermood malas. Penat tau tunggu line tenet yang macam kura-kura menjadi sepantas arnab. Tapi sanggup jugak terpacak kan diri demi Love Rain punyerr pasal. Jebon -.- ' . Aku kalau dah minat memang minat sangat sangat sangat.

See, nak sambung tajuk entri di atas tu... Cantiknya wanita apabila macam aku. Kidding -.- ' .

culik dari facebook. Macehhh :)
Renungkan wahai perempuan/wanita sekalian. Opppsss ! Attention ! Kepada yang dah follow, nanti aku follow balek. Kepada yang chat tu, nanti aku jenjalan dan mengomen *baca dengan elok !* blog korang ye.

Kotak Hati: Saranghaeyo !

Wednesday 18 April 2012

Malam Pertama ! Malam Yang Menyeronokkan !

Assalamualaikum...

Hello people,
Perghhh ! Tajuk entri memang boleh buat orang mengalami epistaxis ! Mende pulak la makna epistaxis tu ? Oh ! itu makna nyerr hidung berdarah. Tengok tajuk la, masing-masing mata berkaca-kaca konon-konon ada gambar yang HOT and panas. Otak pulak dah mula berkuning-kuning bila tengok tajuk. Hahahahaha. Okehh ! Kidding ^^ !

Aku single dan susah nak available. Errr ? Kalau dah kawen, ingat nak kongsi ke ? Cehhh ! Maen jauh-jauh sana. Hahahahaha. Well, mengikut jadual yang telah ditetapkan, aku dan dua ketul kawan aku iaitu Ashikin dan Azira harus bekerja pada syif malam. Okeh, the dua ketul tu dah rasa syif malam ! Tapi aku baru rasa malam pertama. Weeee ! Kemainn eksaited aku masa jadual keluar tau! Eksaited sampai buat muka nak minta penampar selaju 180km/jam ! Gila hepi. Aku seketul je yang tak rasa syif malam dalam group aku tu, so sunatlah kalau aku terGEMBIRA lebih kannn ? Winkwink.

Masa hari pertama mula kerja malam, orang kemainn tidow waktu petang untuk simpan tenaga nak kerja malam nanti kann, tapi aku memang jenis tak suka nak tidow *ini statement tak boleh pakai langsung* sibuk berMUKABUKU dengan mengepost status itu ini, komen sana sini, dan hentak kepala ikut rentak lagu masa kini. Sengal -.- ' . Orang lain semangat suruh aku tidow dan tak lupa cakap good luck kat aku. Ingat nak pergi berperang ? Pheww ! Memang muka senyum seharian, takde monyok-monyok atau masam-masam. Senang hati la katakan. Winkwink.

Mulakan langkah dengan doa semoga segala pekerjaan dipermudahkan olehNya. Berbekalkan hati yang sedang gembira tanpa sebarang duka, da alhamdulillah segala kerja dapat dijalankan dengan sebaiknya. Penat dan mengantuk masa kerja malam memang tak boleh nak cakap. Nak kena berjaga satu malam tanpa facebook dan blog terasa kekosongan sedikit di situ. Chewahhh ! But, its OKAY ! My patient is my priority then facebook and blog.

see ! muka minta penampar selaju 180km/jam.


Okehh ! Sekian sahaja berita untuk hari ini. Jumpa lagi ! Kbai ! Till then, senyum selalu.

Kotak Hati: Hari pertama dan kedua kerja malam, aku tak tidow ! Dan sekarang aku mengantuk tahap cipan merengek nak mintak di dodoikan. Walawehhh !

Monday 16 April 2012

Marvel’s The Avengers

Assalamualaikum...

Hello people,
Huarghhhh ! Okeh, cool cool cool . Aku memang hyperactive banyak kalau datang cerita pasal superhero bagai ni. Tetiba jemari mulus halus bak kain yang di rendam dalam softlan pergi ke Nuffnang ! Waaa, ada premiere screening The Avengers. Yeahhh ! I'm a girl tapi bab lawan-lawan, maen pedang-pedang bagai semua tu memang normal je bagi aku. Masa kecik-kecik dulu, selalu beli topeng power rangers, takpun ultraman. Pasto maen lawan-lawan dengan my adik lelaki *aku ada tiga ketul adik beradik je pon*. Perangai yang sengal bertingkat seperti mangkuk tingkat yang mak suruh bawak pergi sekolah, tapi tak nak. Weeee...

Here !

pinjam dari nuffnang. muahahahaha ^^

Kalau di izinkan mak dan ayah untuk berlakon, watak yang aku nak cakap kat tuan pengarah nanti ialah watak puteri yang comel. Kidding -.- ' . Aku nak jadi The Guardian Angel. Seorang adiwira yang mempunyai kuasa untuk membaca fikiran orang dan mengawal kuasa alam seperti api, tanah, air dan udara. Nama dengan power pon sehati sejiwa kannn ? Errr... pelishhh cakap ohsem ! Winkwink.

pinjam dari uncle google kita. kehkehkeh..
Kalau boleh nak pakai begini. Well, i know you all suka kann ? Jeles lettew kita pakai macam ni. Hahaha. Kalau mak baca ni, habess la kena kejar satu padang bola. Sigh -.- ' . Hemmm... hemmm... hemm... setakat itu je lah entri kali ni. Sayang awak awak awak yang selalu bertendang di sini. Doakan aku ye. Terima kasih.

Kotak Hati: ku ingin kau menjadi milikku wahai ticket. lalalallalaa ~

Oucchhhh ! Its hurt me !

Assalamualaikum...

Hello people,
Semalam happy, suka, riang, gembira bagai kan dengan drama korea. Errr, tadi pon sama ! dah tengok pun episod 6, Legaaaa. Lepas tu layan Dream High 2 tapi macam ________ (guna words sendiri) . Baik layan Dream High 1 tuuuu.

Sroootttttt... sroootttt... sroooottt *efek nanges semahu-mahunya* . Suka dapat gayut dengan mak. Alaaa, setakat wassup bro ! Just normal bagi kami anak beranak ni. Yeahhh ! Kami cool ! Macehhh ! Kembang kempis perott bila u olls puji. Kehkehkeh. Tapi bila mak cakap si Bulat (kucing kat rumah) sakit, Oh sentap je hati ni. Ada orang planet mana entah, sesedap perencah nasi goreng je maen sepak-sepak kucing aku sampai patah tulang paha beliau. Eishhh !

Kucing tu bukan ada akal pun, as human pakailah akal yang Allah bagi. If the kucing buat salah, let go je lah, Apa hal pulak nak maki hamun herdik sumpah sepak terajang kucing bagai. Geram rasa. Sedangkan nabi pun sayangkan binatang, apa salah nyerr kita sayang kan binatang jugak. Kalau tak suka binatang sekalipun, janganlah nak tendang ikut sedap kaki je. -..- ' . Ingat kucing tu bola ke nak maen praktis sepak-sepak. Konon-konon nak jadi pemain bola lettew. Jadah -.- ' .

Sekadar gambar penghias blog.
tak kesian ke tengok kucing yang comel macam ni? sobsobsob... (sumbangan facebook)

Kotak Hati: Tapi cool kan jiwa dengan mendengar lagu Sarang Bi (Love Rain). Demam love rain tak surut lagi. Errrr.. apakah ?. Layannnn.

Sunday 15 April 2012

LOVE RAIN

Assalamualaikum...

Hello people,
Wahhh ! Tajuk, kemainn lup lup lup bagai. Nampak HOT lettew. Errrr -.- ' . Okeh ! Enuf enuf enuf. Tanpa membuang kuasa letrik yang banyak dan untuk mengurangkan jumlah pembayaran bil api yang konfem memang di bayar oleh mak ayah korang *apekejadahpunye bahasa -.- '* aku nak kongsi drama korea yang setakat ni sangat cool di mata hati jantung tonsil dan appendix aku. Kemainn bahasa medik kau yepp. Haaccuuummm. *aku bersin sebab sayup-sayup dengar korang puji aku pandai* .Keji tak ayat ni ? Cool kan . Macehhhh !

Aku suka tengok cerita korea. Ingat lagi masa menjadi budak-budak hingusan dulu, lepas balik sekolah agama waktu pagi *errr, sekolah menengah (form 1) waktu petang*, aku terus menonong masuk dapur buat nasi goreng. You see, dah pandai masak since form 1 tau, memang independent gegurl kann ? Aku terus hamek remote, bukak TV2 sebab nak tengok drama korea tajuk Lover In Paris *kalau aku tak salah la* . Sangggup terconggok depan TV sambil makan nasi goreng dan tak kelip-kelip mata *ini memang sah tipu* sebab terpesona dengan lakonan hero and heroin. -.- ' . Tapi itu kira sempoi lagi lah, ada satu hari tu aku feeling sangat tengok sampai terbakar kain sekolah, pasto hentak-hentak kaki cakap kat mak tak nak pergi sekolah. Dan tahap keMINATan drama korea tidak terhenti di situ, ianya berlarutan dari remaja sampai lah sekarang. Cakaplah drama apa pon, Fullhouse, Coffee Prince, My Girl and etc, memang aku layannnn ! Ehhh ! Peduli hape kalau korang nak cakap lelaki korea jambu ke tak. Aku tak heran. Huhhh, jeles lettew.

Ini ini ini ! Drama yang sedang HOT bagi aku ialah drama LOVE RAIN. Okehhh, drama ni aku tak pasti samada dah tayang atau belum kat Mesia ni. Aku minat dengan jalan cerita drama ni, Ciss ! padahal minat kat Yoon A. Haahhaa. Paling ohsem, OST drama ni. LOVE RAIN by Jang Geun Seuk. Terharuuuu. sobsobsob. Aci tak kalau nanges kat blog sendiri. Huuuuu ~ Aku dah tengok kat you tube. Setakat ni baru episode 5 je lah. Jangan panik kalau tak paham bahasa korea sebab ada subtittle, tapi subtitle dari seberang lah. Takpee, yang penting paham. Hoohohoo .

Ni sedikit preview drama LOVE RAIN 


Nak lebih banyak lagi. Rajinkan jemari lembut bak selimut yang direndam dalam softlan, tekan YOUTUBE ! Hahahaha. Mesti korang suka punya. Tengok aku, siap buat OST drama ni jadi lagu dalam blog. I like it bebeh. Cinta tak perlu untuk meminta maaf, sebab cinta datangnya dari hati. Enjoy people ! Till then, saranghaeyo !

My feveret perkataan in this drama --- > Love means never having to say you're sorry.


Kotak Hati: Tak sabar nak tengok the next episod. Mata bersinar tengok lakonan Yoon A yang naif tuuu. Alahaiii ~

Wednesday 11 April 2012

Reminder for Me and You

Assalamualaikum...

Hello people,
Mesti semua orang dah tau pasal bencana yang berlaku tadi kann ? Of course lah tau, tak tengok berita on TV pon dah boleh tau sebab ramai facebookers yang update pasal tu. After done my solat maghrib, aku teros online. Oh such a bad habit ! Muuahahahaha. So, disini aku nak ucapkan takziah kepada mereka yang sedang menghadapi bencana tersebut. Semoga Allah melindungi kita semua.

Sesimple itu je ke entri aku ? Oh tidak sama sekali. This idea came out masa sedang syok layan facebook, and aku pun sempat post kat facebook begini

" Log in facebook terus terbaca pasal gegaran sana sini dan semua mula berdoa bila Allah mula bagi signal. Kalau takde signal ? semua terus dalam kealpaan dunia. Semoga kita sentiasa di lindungi olehNya ♥"


Well, korang boleh tengok ramai yang mula berdoa masa Allah mula bagi signal tapi how many of those people yang ambil iktibar dengan apa yang berlaku. Konon-konon berdoa hope everything will be okay. Konon- konon berharap semua selamat. YES memang betul niat tu. But then what ? Did you guys take iktibar from what had happened ? Still, there is a lots of people yang dating over here and there. Still having fun with the their own world. I am not saying that I am a good person, NO ! I'm only ask for people out there to be reminded yang dunia ini hanya sementara. Why people keep worrying about the dunia but not akhirat ? This things keep on playing through my mind. When something bad happens then people start to pray, kenapa masa sedang gembira dan bersuka ria, kita tak berdoa ? Masa sedih, susah ingat pada Allah tapi masa senang ? Tepuk dada tanyakan hati.

Ini hanya luahan hati aku je, Allah dah mula beri petanda janganlah kita semua leka. Dunia ini hanya sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Ini bukan untuk mengaibkan sesiapa jua, tapi peringatan untuk aku juga. Aku juga insan yang lemah yang sentiasa perlukan bimbingan.

Kotak Hati: Allah tak pernah tinggalkan kita. Tapi kita ......... 
Rasa Hati: still hoping for the best from Allah.

Aku Kehilangan !

Assalamualaikum...

Hello people,
See the tajuk ! Yeahhh ! Macam-macam kehilangan yang kita akan rasa as long as kita bernama manusia. Nyawa atau harta itu kerja Allah. As humans kita kena redha dengan apa yang berlaku dan terima dengan hati yang tabah. Ikhlas kan hati menerima apa yang berlaku. Itu lebih baik dari maki hamun bagai.

To be more specific entri ni berkenaan dengan status aku di muka buku. Seperti gambar di bawah :


Siapa tak sayang harta ? Even small punya benda if korang suka and sayang, mesti sentap kannn ? Aku dah lah memang suka tudung mudung semua ni ! Baru pakai sekali, di ulangi dengan menggunakan suara yang dah tak cover ayu "SEKALI" . Memang sentap bila tengok "beliau" tiada di tempat jemuran. Tapi kemusykilan menerpa gegendang telinga, kenapa ambil yang plain ? kenapa bukan yang ada roses ? why? why ? why ? Oh pelishhhh ! tell me tell me tell me ! Meraung penuh penghayatan sambil makan megi yang merupakan barang makanan aku paling berharga saat kesusahan menghampiri diri, dan tadi tanpa segan silu meminta mak masukkan lagi duit *memang anak tak boleh diharap betul*.

But, after a few moment of marah-marah and maki hamun serta sempat menyumpah sekejap, I start to think yang Allah nak ajar aku menjadi seorang yang sabar. Mungkin. Nobody knows kann ? So, i made up my mind, sabar and redha. Aku halalkan. Gunakan lah tudung aku tu untuk menutup aurat kau, mana tahu pahala kita kongsi bersama. Hekhekehekekeh, alahai suci murni sungguh hati aku ni *perasan for a while*.

Actually, no point jugak kita marah-marah and hentak-hentak kaki semua tu, bukan barang tu datang kat kita balek. ye dak ? Bila kita marah, mula lah makhluk bertanduk suka hati riang ria raya tengok muka kita berasap-asap. Apa yang kita perlu buat, just relax and be cool. Even aku pun tak perfect sebab aku post kat mukabuku. Yesss ! sebab aku sedang marah but lepas tu aku cool. Menyesal pon ada after aku post tu. Tapi _______________ (buat ayat sendiri. terima kasih).

Ini sebagai peringatan buat semua dan juga untuk diri aku juga. Sama-samalah kita menjadi manusia yang sabar. Sebab sabar itu indah. Sabar itu separuh daripada iman dan sabar itu separuh dari nama sabariah. Hahahahahha...

Kotak Hati: esok nak report kat mak !

Friday 6 April 2012

First Blog Giveaway: Guestbook

Assalamualaikum...

Hello people,
Ouhh ! Itu bukan giveaway dari aku sebab aku belum mampu nak bagi giveaway bagai yekk. Ayat aku memang selalu jujur dan telus jekk kann ? Dah tu, takkan nak nipu pulak. Oh itu sangat tidak cool. Jadah -.- ' ayat tunggang pukang. Hekhekhek..

 



Oh-so-Awesome kot guestbook ni ! Aku memang pantang jumpa mende alah * errrr... apakah ? * yang comel-comel ni. Memang selaju 180km/jam aku menJOINkan diri bukan menJOINTkan yekk. Oh pelishhh laa people, you all jangan cakap you all tak tertarik or sentap hati tengok mende alah yang comel ni..

Semuanya SIMPLE DI SINI ! . Cepat-cepat jangan sampai siku terlipat, nanti apa pun tak dapat ! * sengal je pantun -.- ' *

Kotak Hati: Aku ni manis ke ? * semut pakat takmo pergi dari aku ni -.- ' *

Thursday 5 April 2012

Just Like Roses

Assalamualaikum...

Hello people,
Jadilah seperti mawar yang indah berpagarkan duri. Not bunga yang cantik dan indah tapi tiada duri. Okeh ! faham dak apa yang aku nak sampaikan ni. Okehh, aku nampak ada orang sedang buat muka blur tapi control cute -.- . Errr adakah ?

Well, if korang tengok, tenung dan di renung oleh bunga mawar * apeke sengal ayat ni -.- ' * korang rasa bunga tu cantik macam korang tak? Tak payah malu sebab aku rasa korang angguk kepala selaju 160km/jam. Hekhekhek... So cerita di sini ialah, Jadilah seorang wanita yang tidak mudah jatuh dengan pujuk rayu lelaki. Jadilah wanita yang tinggi martabat diri. Jadilah wanita yang indah penampilan dan akhlaknya. This things came out dalam kepala hotak aku since aku seorang wanita dan aku tak nak tengok kaum sejenis aku be so murah ! Bukan berlagak untuk jadi baik tapi ini sebagai peringatan untuk aku dan semua kaum hawa di luar sana...

Seperti biasa, gambar adalah ihsan pakcik Google ^^
Aku mampu perah hotak tahap tu jek sebab perut dah berlagu rentak rock. Kalau tahap dondang sayang, mungkin hotak ni still can think a lots ! . Kalau korang nak tambah pendapat, sila isi kan jawapan di petak yang sedia maklum wujud saat sesebuah entri berjaya di publish kepada khalayak awam. *saje nak suruh korang asah hotak* . Okeh, ayat makhluk kelaparan memang macam sampah -.- '

Kotak Hati: Nak makan megi, cafe dah tak jual megi. Oh-so-sweet. * jadah -.- ' *

Tuesday 3 April 2012

Off The Grid ! What say you ?

Assalamualaikum...

Hello people,
Have you ever thought going somewhere like a vacation off the grid ? It was like OMG ! no social network, no electrics, no technologies or coverage ! Oh-so-suffering right ? * especially aku *But I will take it as a challenge because I'm kinda like those extra amazing things. hahahahahhaha *kemainn berbahasa omputih* Where's your ibunda punya bahasa ? Well, i guess tak salah nak pakai bahasa ibunda or bahasa omputih kann ? You vote for it peeps ! Hehehehe ^^v

Since, we were keep ourselves busy with those sophisticated technologies, do we ever think about being hidup tanpa teknologi ? * takde facebook, takde blog, takde iphone, takde samsung galaxy & etc *. Me, myself never thought about it either. Yeah ! we kinda think that we gonna live happily ever after like dongeng punya kisah. So, stop for a seconds and think for those people yang hidup dalam kesusahan dan kemiskinan. Kalau kita tak mampu nak sumbangkan sesuatu buat mereka, DOA is the best gift ever untuk mereka... Terima kasih..

Kotak Hati: konon-konon nak HOT dengan dwibahasa -.- '
Dalam Hati: sedih mengenangkan nasib saudara kita di palestin.
Kata Hati: smile peeps ! till then, good night adn have a nice day tomorrow yaa
Oh pelisshhh maafkan diri ini yang menggunakan dwibahasa :)))

Sunday 1 April 2012

Because Today is Sunday

Assalamualaikum...

Hello people,
Weekend memang selalu jadi hari paling seronok dalam hidup seorang student yang konon-konon nyerr sibuk. Lagi-lagi aku ni haa... pantang bank bertimbun dengan duit, konfem nak jenjalan * padahal duit dalam bank dah kering -.- ' *

Pukul 11 dah gerak berambus dari asrama tercinta -.- ' dan menunggu sebuah teksi datang kepadaku, dengan penuh sabar untuk pergi jenjalan ke PWTC menggunakan perkhimatan KTM... nasebb baik tak tunggu lama sangat, sampai je kat PUTRA, terus pergi PWTC... tujuan utama nak ke SHOE FESTIVAL 2012 ! tapi tengok ada pameran " Jom Masuk U ", apalagi... masuk je lahh walaupun dah jadi student dan insyaAllah tahun ni dah nak habess * doakan kejayaan saya ye kawan-kawan *. Dan beruntung sangat kerana memiliki wajah yang muda macam budak kecik * perasan seminit *, so orang pon bagi lah promosi pasal nak masuk U... Redha je lahh..

Jalan dengan penuh semangat konon-konon memang asal dari KL, mencari SHOE FESTIVAL 2012. Pening kepala mencari.. naseb baek jumpa... Fuhhh, lega..

abaikan wajah budak yang konon-konon comel tuhh...

macam mana nak pakai kasut tuhh... nak jugak nak jugak -.- '

belakang tu diperbuat dari botol je yekk... ohsem kann... so seni tangan yang buat tu :) kagummm :O
Redah tengok kasut, macam-macam ada JIMMY CHOO punya kasut ohsem ! tapi sayang, hanya mampu melihat je... VERN'S, JUKEBOX, ASADI, SUMMIT, CASPIA dan banyak lagi lah... tapi tak beli satu pon sebab kepala hotak tak mampu nak terjemahkan kasut mana yang jadi pilihan hati. Bila perut dah meragam minta penampar memang tak boleh pikir dengan baik. Terus melantak mekdi ! Blurppp ! Alhamdulillah, kenyang sudaahhh.. Hekhekehekhek..

Sekejap je pergi kat situ, pastu terus balek sungai buloh tempat tersayang... ke THE STORE ! Haaa... ini lah tempat nak berhabess duit, kat SHOE FESTIVAL sayang sangat kat duit kannn... Hamekk kau !

tak beli pon, tangkap gambar jekk... sebagai reminder supaya jadi novel HARUS beli bulan ni..
Fuhhh.. sakan berjalan.. tapi mengingat kan peraturan baru asrama, kena balek awal -.- ' . Gggrrrr.. sabar je lah... tapi before balek last posing ! * naseb baek pakai henpon orang * Al-maklumlah tak mampu nak beli henpon sentuh-sentuh macam korang... Ayat tacink... Lalalala~

aku kuat makan... icekimo daily fresh perisa mocha... yummy !  muka serabai -.- 
Hari ini sangat sengal dan lintang pukang jenjalan dengan MYSAA yang tinggi setaraf aku jekk tapi tiada dalam gambar... Sewel aku hari ni.. -.- ! Terima kasih !

Kotak Hati: penuhi hari-hari anda dengan senyuman dan  kegembiraan. Love you peeps !