Saturday 15 September 2012

1,2,3,4... You !

Assalamualaikum.

Hai mak long, mak ngah, Oh tak lupa buat mak dan ayah di sana tuuu *lambai tangan - - ' . padahal mak dan ayah aku tak tau pon aku buat blog. Tak boleh cakap sebab aku malu. Hekhekhek :O . Hari sabtu adalah hari yang sesuai untuk berjalan-jalan, berdating sana sini. tapi aku lebih suka duduk dalam bilik sambil goyang-goyang kaki, baca magazine dulu kala, dengar lagu baru dan lama, bukak facebook dan twitter. Hidup bujang, gini la kisah nya yeop !

to all my follower :)

ps: aku bersyukur sebab aku tak berkeseorangan di dunia ini. salam.

Friday 14 September 2012

Kita Bertanya, Al-Quran Ada Jawapannya.

Assalamualaikum.

Terus terang cakap, aku tidak pandai dalam agama, dan tidak sama sekali nak tunjuk pandai dalam soal agama. Ini hanya untuk perkongsian bersama, sebagai peringatan buat diri sendiri dan juga buat sahabat semua. Wahhh, tetiba aku rasa macam dah berjaya buat intro yang cukup enak di baca. Syukur. Ye laa, sebab BM dulu tak bape nak power even dapat A1 in BM. I'm cool. yeaaahhh.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta.” [Surah Al-Ankabut ayat 2-3]

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” [Surah Al-Baqarah ayat 216]

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [Surah Al-Baqarah ayat 286]

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman.” [Surah Ali Imran ayat 139]

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” [Surah Ali Imran ayat 200]

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” [Surah Al-Baqarah ayat 45]

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…” [Surah At-Taubah ayat 111]

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” [Surah At-Taubah ayat 129]

Tabahkanlah hati wahai diri..
Teguhkanlah pendirianmu walaupun hakikatnya jalan ini penuh dengan onak duri..
Bukannya Tuhan tak mengerti apa yang tersirat di sanubari..
Jangan kau ragui kerana ironinya Dia yang memegang hati-hati ini..
Biarlah! Jangan hiraukan kata-kata manusia yang kadangkala menjengkelkan hati..
Bukan kata-kata manis atau puji-pujian manusia yang aku cari..
Andai disetiap langkah itu adanya redha Illahi, itulah yang sepatutnya aku kejari..
Kuatkan aku Ya Allah!

posing sikit. hehehe - - '


ps:cekalkan hati, kuatkan iman. perkongsian yang aku dapat dari facebook.
salam jumaat. terima kasih.

Wednesday 12 September 2012

6 Soalan Imam Ghazali

Assalamualaikum.

To be short, and aku jenis yang tak reti nak buat intro yang super power. Aku terus kan dengan apa yag aku nak kongsi. In sha Allah berguna untuk semua. Smile :)

Suatu hari, ketika Imam al-Ghazali berkumpul bersama dengan anak-anak muridnya, lalu beliau bertanyakan beberapa soalan.

Soalan Pertama : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid - muridnya menjawab " ibu bapa, orang tua, guru, kawan dan sahabat ". Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah " MATI ". Allah SWT berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 185, maksudnya : " Tiap - tiap yang bernyawa akan merasai mati ".

Soalan Kedua : Apakah yang paling jauh dengan kita di duna ini ?
Murid - muridnya menjawab, " bulan, bintang dan matahari ". Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar ialah " MASA LALU ". Walau dengan apa cara sekalipun, kita tidak dapat kembali ke masa-masa yang telah lalu.

Soalan Ketiga : Apakah yang paling besar di dunia ini ?
Murid - muridnya menjawab " bukit, gunung dan bumi ". Imam al-Ghazali membenarkan jawapan tersebut tetapi katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah " NAFSU ". Firman Allah SWT di dalam surah al-A'raf ayat 179 yang bermaksud : " Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi Neraka Jahanam, kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah) ". Maka kita seharusnya lebih berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke Neraka Jahanam.

Soalan Keempat : Apakah yang paling berat di dunia ini ?
Murid-muridnya menjawab " besi dan gajah ". Kata Imam al-Ghazali, semua adalah benar, tetapi yang paling berat adalah " MEMEGANG AMANAH ". Di dalam surah al-Ahzab ayat 72 Allah SWT berfirman maksudnya : " Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak dapat melaksanakannya (berat), lalu manusia pun memikul amanah itu. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan ".

Soalan Kelima : Apakah yang paling ringan di dunia ini ?
Murud-muridnya menjawab " kapas, angin, debu dan dedaun ". Semua itu adala benar kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah " MENINGGALKAN SOLAT ". Gara-gara sibuk bekerja, tidak cukup masa, komitmen duniawi maka kita meninggalkan solat. " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk ". Surah al-Baqarah ayat 45.

Soalan Keenam : Apakah yang paling tajam di dunia ini ?
Murid-muridnya menjawab dengan serentak " pedang ". Benar kata Imam al-Ghazali tetapi yang paling tajam adalah " LIDAH MANUSIA ". Kerana dengan lidah, manusia selalunya terlepas cakap sehingga menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri bahkan merosakkan diri sendiri.

Wallahu a'lam.

ps: semoga kita dapat bermuhasabah diri.
Jazakallah Khair.

Sunday 9 September 2012

Our Merdeka Raya 2012 !

Assalamualaikum...

Hello people,
Bagaimana hari sabtu anda semalam ? Best tak ? Ohsem tak ? Ehemmm Ehemmm Ehemmm... sambil buat duck face lepas tu rasa macam nak tampar diri sendiri. Hari sabtu aku sangat sangat sangat best sebab cuti. Teeetttttttt - - ' . Setakat nak cakap pasal hari sabtu cuti, tak payah la nak tulis dalam blog. Terserlah sangat ke-mereng-an otak aku ni. Aigoooo !

Okeh... entri kali ni tak nak taip panjang-panjang sebab korang mesti malas baca kan ? Tau dah. hekhekhek. Pada hari Sabtu bertarikh 8hb September 2012 iaitu bersamaan dengan 21 Syawal 1433H, kami pelatih kejururawatan telah menghadiri majlis Sambutan Hari Raya dan Sambutan Kemerdekaan di kolej kami. Majlis ni berlangsung di kawasan parking kat belakang hostel. Even tempat tak grand tapi majlis cool and best tau. Thumbs up untuk Nursing batch 2/2010 sebab dyorang yang menguruskan majlis ni. Aku dan kawan senior yang dah nak habes ni hanya datang dengan perut kosong jee. winkwink.

So, 1,2,3 Enjoy people.

memperkenalkan, bff aku kat kolej ni.  ada seketul lagi tapi dia takde. T.T
ini pulak classmate aku. sayang semua.
baju kuning tu memegang watak sebagai pengacara majlis. siap jadi penghibur lagi. suara dia  best tau.
ini pulak kawan sama praktikal. dah 5 sem praktikal samaII. weeeeee :)
bersama 4 orang jejaka kacak. ini pon classmate aku jugak.
baru suku tau. - - '.
ha'a. ni baru merdeka raya. siap pegangII bendera tercinta. :)
kalau jumpa camera, masa makan pon sempat posing. ha'a. realiti.
Kenapa takde gambar makanan? OH ! Dah tak tahan kebulur dah perut aku ni. Lepas habes doa makan je terus serbu makanan. Tak toleh kiri kanan terus makan. Cisss... perangai tak senonoh. Semalam sangat happening sebab ada macam-macam persembahan dari setiap semester. Dari junior ke super senior. Aku baru ingat nak menyanyi sekali tapi takut hujan turun lepas aku nyanyi, terus batalkan niat. But i'm so happy yesterday. Thank for those yang keep making me smile. love you guys so much. XOXO :)

bajet artis. - - '
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua. Dan Salam Merdeka. Ingin juga mengingatkan diri sendiri dan semua, hiasi diri dengan peribadi yang indah. Biarlah tak ohsem mana, yang penting hati yang suci. Kbai.

ps: ada satu gambar yang aku curi dari fb, sorry... :)

Jazakallah Khair.

Tuesday 4 September 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah ♥

Assalamualaikum...

Hello there,
Dah lama tak update blog, bukan kerana ketandusan idea atau ilmu atau gambar untuk di kongsi dalam blog, tak tak tak, sama sekali tak. aku hanya insan yang lemah kerana ketandusan kelajuan broadband dan ketandusan masa. sigh - - ' . ini adalah alasan yang sangat klise. who cares ? tak famous pon, so takde sape pon nak tunggu. kann ? tapi, watlek sudah. aku buat blog hanya untuk kepuasan diri. cehhh - - ' . ntah pape.

Intro yang sangat tiada manfaat. ha'a. tiada langsung manfaat. so, hari ini nak share dialog dengan semua yang baik hati sebab baca blog aku ni. jasamu akan ku kenang selalu. OH !

Sila baca, hayati, renung and etc laa...

A : Awak nak nikah tak ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah
A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH
A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki pilihan ALLAH
A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH
A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin je, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya je dgn ALLAH
A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik
A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH
A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres.. :))) ♥


Sweetkan. peliss cakap sweet. sebab aku rasa sweet. so kepada insan yang solo atau single atau bujang atau bersendiri, ingat bahawa korang bukan forever alone. jangan berhenti berdoa dan berharap kepada Allah. sebab Allah sentiasa mendengar dan melihat.

ps: share dari fb.
pss: semoga anda bertemu dengan jodoh anda.

Terima kasih.
Salam.