Terus terang cakap, aku tidak pandai dalam agama, dan tidak sama sekali nak tunjuk pandai dalam soal agama. Ini hanya untuk perkongsian bersama, sebagai peringatan buat diri sendiri dan juga buat sahabat semua. Wahhh, tetiba aku rasa macam dah berjaya buat intro yang cukup enak di baca. Syukur. Ye laa, sebab BM dulu tak bape nak power even dapat A1 in BM. I'm cool. yeaaahhh.
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta.” [Surah Al-Ankabut ayat 2-3]
KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” [Surah Al-Baqarah ayat 216]
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [Surah Al-Baqarah ayat 286]
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB :
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman.” [Surah Ali Imran ayat 139]
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” [Surah Ali Imran ayat 200]
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” [Surah Al-Baqarah ayat 45]
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…” [Surah At-Taubah ayat 111]
KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” [Surah At-Taubah ayat 129]
Tabahkanlah hati wahai diri..
Teguhkanlah pendirianmu walaupun hakikatnya jalan ini penuh dengan onak duri..
Bukannya Tuhan tak mengerti apa yang tersirat di sanubari..
Jangan kau ragui kerana ironinya Dia yang memegang hati-hati ini..
Biarlah! Jangan hiraukan kata-kata manusia yang kadangkala menjengkelkan hati..
Bukan kata-kata manis atau puji-pujian manusia yang aku cari..
Andai disetiap langkah itu adanya redha Illahi, itulah yang sepatutnya aku kejari..
Kuatkan aku Ya Allah!
posing sikit. hehehe - - ' |
ps:cekalkan hati, kuatkan iman. perkongsian yang aku dapat dari facebook.
salam jumaat. terima kasih.
Tweet
No comments:
Post a Comment