Sunday, 9 September 2012

Our Merdeka Raya 2012 !

Assalamualaikum...

Hello people,
Bagaimana hari sabtu anda semalam ? Best tak ? Ohsem tak ? Ehemmm Ehemmm Ehemmm... sambil buat duck face lepas tu rasa macam nak tampar diri sendiri. Hari sabtu aku sangat sangat sangat best sebab cuti. Teeetttttttt - - ' . Setakat nak cakap pasal hari sabtu cuti, tak payah la nak tulis dalam blog. Terserlah sangat ke-mereng-an otak aku ni. Aigoooo !

Okeh... entri kali ni tak nak taip panjang-panjang sebab korang mesti malas baca kan ? Tau dah. hekhekhek. Pada hari Sabtu bertarikh 8hb September 2012 iaitu bersamaan dengan 21 Syawal 1433H, kami pelatih kejururawatan telah menghadiri majlis Sambutan Hari Raya dan Sambutan Kemerdekaan di kolej kami. Majlis ni berlangsung di kawasan parking kat belakang hostel. Even tempat tak grand tapi majlis cool and best tau. Thumbs up untuk Nursing batch 2/2010 sebab dyorang yang menguruskan majlis ni. Aku dan kawan senior yang dah nak habes ni hanya datang dengan perut kosong jee. winkwink.

So, 1,2,3 Enjoy people.

memperkenalkan, bff aku kat kolej ni.  ada seketul lagi tapi dia takde. T.T
ini pulak classmate aku. sayang semua.
baju kuning tu memegang watak sebagai pengacara majlis. siap jadi penghibur lagi. suara dia  best tau.
ini pulak kawan sama praktikal. dah 5 sem praktikal samaII. weeeeee :)
bersama 4 orang jejaka kacak. ini pon classmate aku jugak.
baru suku tau. - - '.
ha'a. ni baru merdeka raya. siap pegangII bendera tercinta. :)
kalau jumpa camera, masa makan pon sempat posing. ha'a. realiti.
Kenapa takde gambar makanan? OH ! Dah tak tahan kebulur dah perut aku ni. Lepas habes doa makan je terus serbu makanan. Tak toleh kiri kanan terus makan. Cisss... perangai tak senonoh. Semalam sangat happening sebab ada macam-macam persembahan dari setiap semester. Dari junior ke super senior. Aku baru ingat nak menyanyi sekali tapi takut hujan turun lepas aku nyanyi, terus batalkan niat. But i'm so happy yesterday. Thank for those yang keep making me smile. love you guys so much. XOXO :)

bajet artis. - - '
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua. Dan Salam Merdeka. Ingin juga mengingatkan diri sendiri dan semua, hiasi diri dengan peribadi yang indah. Biarlah tak ohsem mana, yang penting hati yang suci. Kbai.

ps: ada satu gambar yang aku curi dari fb, sorry... :)

Jazakallah Khair.

No comments: