Thursday, 18 October 2012

5 Petua Wajah Berseri

Assalamualaikum.

Hai. Okeh. Hari ini nak kongsi lima petua untuk wajah berseri-seri. Okeh. Siapa nak dengar sila angguk kemudian duduk sopan-sopan atas kerusi, senyum sampai telinga please. - - '

Siapa-siapa yang rasa diri tak comel dan nak comel kan diri, mari ramai-ramai baca petua ni. Mudah dan jimat. Tak perlu buat rawatan yang mahal-mahal. Aku memang suka benda yang simple-simple ni. hekhekhek.

Hmmm... tarik nafas, hembus, tarik, hembus...

gambar pinjam. :)

Dah habes baca. Aku nampak ada yang senyum sampai telinga. hahaha. see, aku dah cakap tadi. memang jimat, mudah dan menyenangkan. Sesuai untuk semua peringkat umur. Tak kira kulit sensitif atau berminyak atau berjeragat atau berjerawat macam aku. ohoiii ~

Selamat mencuba semua. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk dari diri aku yang lemah ini. Salam.

Sunday, 14 October 2012

Hati.

Assalamualaikum.

Hello. Tak tahu macam mana nak memulakan bicara. Lidah kelu seribu kata. Otak beku tak tahu berfikir apa. Tetapi jari jemari tetap tangkas menaip setiap rasa yang ada. Fuhh. Bagai sedang berpantun saat entri ini di taip. Perasaan gembira kerana berjaya buat button like, tweet and g+1 kat bawah entri masih berbaki dalam diri. OH. gembira.

Sudah. cukup sudah. Seriyes. Terlalu banyak rasa yang bermain dalam hati. Entah. Aku sendiri pun tak tahu. Ada satu kejadian yang berlaku pada seorang temanku. Insaf. Ya. melihat kejadian itu, berada dengannya, mengetahui bagaimana keadaannya. Aku insaf. Ya Allah. Itu yang mampu aku sebut. Itu yang mampu aku fikirkan. Terima kasih kerana menyedarkan aku. Terima kasih kerana sentiasa menjaga aku. Sungguh aku tak mampu untuk aku menyatakan bahawa aku cukup berterima kasih pada-Nya.

Apa ? Kenapa ? Bagaimana ? Usah kau tanya. Cukup aku, dia dan Allah yang tahu. Hidayah. Mungkin. Aku tak tahu. Tapi sejak itu, hati ini memberontak untuk berdiri teguh di jalan-Nya. Hati ini ingin mencintai-Nya. Hati ini ingin sentiasa berada dalam redha-Nya. Cehh. Berlagak. Penipu. Mungkin itu yang akan kamu kamu dan kamu katakan. Tapi percayalah, aku sering menangis saat memikirkan setiap dosa-dosa yang telah aku lakukan. Dosa terhadap kedua ibu bapaku, dosa terhadap adik-adikku, dosa terhadap teman-temanku, dosa terhadap makhluk-makhluk-Nya dan paling menyedihkan saat aku memikirkan dosa terhadap Tuhanku dan Rasul-Nya.

Aku bagai kuman, mungkin hanya debu yang terlalu kecil di sisi Tuhanku. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan sejak aku mula bertapak di muka bumi ini. Taubat. Adakah Dia menerimanya ? Mungkin ya, mungkin tidak. Bukan kita tentukan. Aku mula membaca buku hidayah, membaca blog yang bercerita tentang Islam. Aku menangis. Hati ini sebak. Mata ini mulai basah. Setitik demi setitik kemudian menjadi deras. Hina. Jijik. Itu yang aku rasa. Aku bergembira dengan nikmat pemberian-Nya, tapi aku lalai melaksanakan kehendak-Nya. Solat aku tidak teratur. Pakaianku mengikut sedap jiwa. Percakapanku sesedap rasa. Menangis. Andai masa boleh di putarkan semula. Aku ingin menjadi lebih baik.

Kini. Selangkah demi selangkah aku mula kembali. Riak. Tidak. Aku ingin berkongsi. Ingin meluahkan rasa pada yang sudi. Ingin bercerita pada yang ingin mendengar. Aku tidak harap kalian memuji aku. Aku terima jika kalian mencaci aku. Tapi ini hakikat. Aku ingin mendambakan diri pada yang Maha Esa. Ingin mencari ketenangan yang selama ini aku damba. Aku insan yang begitu lemah. Jiwa aku rapuh. Hati aku halus. Hanya Dia yang aku perlu. Hanya Dia yang aku mahu. Cukup Allah di hatiku.

Ayatku tertunggang langgang. Aku abaikan. Asal aku mampu menaip rasaku. Aku puas. Aku senang. Aku gembira. Terima kasih pada yang sudi membaca. Terima kasih juga pada yang menghina. Aku tidak sempurna. Dan aku tidak berharap menjadi yang sempurna. Hanya ingin menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur di atas nikmat-Nya.

Jazakallah Khair. Salam.

Monday, 1 October 2012

Padan Muka.

Hai !

Oh hari Isnin dan dah masuk bulan Oktober. Hmm Hmm Hmm... azam untuk bulan Oktober ni adalah untuk beli beg dari Sometime ! Which is bag yang di inspirasikan dari Maria Elena. Oh I loved it thissssssss much tau ! Then, kenapa tak beli ? Well, tunggu elaun bulan Oktober sebab elaun bulan September dah hilang. Ciss - - '

Foine. Intro tak membina dan hanya memalukan diri. Ha'a. Malu. Sebab nampak sangat boros. Tapi uolss kena tahu bahawasanya, duit dahku pergi ke tempat yang tidak me-lagha-kan. Kinda sure with it. - - '

Itewww nak story satu kisah ni. Baru jew jadiew semalam. Iteww ghewam sangat ngan dieww. Fuuuuu~ penat buat muncung itik. Cerita ini bukan cerita rakyat yang diturunkan dari nenek moyang zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tak. Takde kaitan pun. Ini cerita hasil pengalaman sendiri yang hari-hari beli makanan dekat cafe. Disebabkan perut meminta belas kasihan supaya dipenuhi dengan kenikmatan dunia iaitu makanan, terus ajak member pergi cafe walaupun sebenarnya malam tu nak sambut birthday kawan baik aku, tapi tak tahan. Nafsu makan kuat bak hang. Perjalanan ke cafe bertemankan bintang dan bulan yang sentiasa kelihatan cantik. Dengan angin sepoi sepoi bahasa dan bunyi kriukk kriukk perut, kaki pantas bergerak menuju ke destinasi.

Setelah sampai ke destinasi yang di kehendaki. Mata terus tertancap dekat spagetti ! Yeahh. aku suka sangat makan spagetti. Mata bersinar-sinar terus ambil polisterine untuk isi spagetti. Oh nikmatnya. Alhamdulillah. Heee Heee Heee. Tak sabar nak makan spagetti. Masa untuk bayar.

Di kaunter.

Me:Nak bayar. Berapa mehh ?
Cafe Boy: Hmmm Hmmm Hmmm... sorang Rm3.50 and sorang lagi Rm4.50.
My Friend: Hari tu amek banyak Rm3 jee.
Me: Kenapa mahal sangat ?!
Cafe Boy: Elaun naik, harga makan pun naik.
Me: @$%^&*&%$%#... What ??!! Kau gurau dengan aku ehhh ? *cakap dalam hati*

Dengan perasaan tak puas hati, kami terus berlalu pergi sambil bercakap kosong. Tapi terjumpa tauke kedai. Kami baik dengan tauke kedai tu, so kami tanya kat dia.

We: Pakcik., kalau elaun naik, harga makanan pun naik ke ?
Boss: Ehhh... takde lah. Kenapa ?
We: Cuba pakcik tengok ni ( sambil tunjuk spagetti ), agak-agak berapa ?
Boss: Biasa pakcik bagi Rm3 jee. Kenapa?
We: Orang kat kaunter cakap, harganya Rm3.50, pastu yang ini Rm4.50..
Boss: Oh takpe, Pakcik pulang kan balik duit kamu.
We: Terima kasih pakcik. Semoga Allah membalas jasa baik pakcik.

Jyeahhh ! Menang. Even nampak macam jahat je perangai aku dengan kawan aku tu, tapi agak laa, hari tu aku beli murah je kot even amek banyak-banyak. Lepas elaun nak naik harga. Dah kenapa ? OH, bab duit jangan nak main-main bro. Puas hati. Hmmm Hmmm. Senang hati.

pss: HAK BERMAIN HAK KAMI.

salam.