Sunday, 14 October 2012

Hati.

Assalamualaikum.

Hello. Tak tahu macam mana nak memulakan bicara. Lidah kelu seribu kata. Otak beku tak tahu berfikir apa. Tetapi jari jemari tetap tangkas menaip setiap rasa yang ada. Fuhh. Bagai sedang berpantun saat entri ini di taip. Perasaan gembira kerana berjaya buat button like, tweet and g+1 kat bawah entri masih berbaki dalam diri. OH. gembira.

Sudah. cukup sudah. Seriyes. Terlalu banyak rasa yang bermain dalam hati. Entah. Aku sendiri pun tak tahu. Ada satu kejadian yang berlaku pada seorang temanku. Insaf. Ya. melihat kejadian itu, berada dengannya, mengetahui bagaimana keadaannya. Aku insaf. Ya Allah. Itu yang mampu aku sebut. Itu yang mampu aku fikirkan. Terima kasih kerana menyedarkan aku. Terima kasih kerana sentiasa menjaga aku. Sungguh aku tak mampu untuk aku menyatakan bahawa aku cukup berterima kasih pada-Nya.

Apa ? Kenapa ? Bagaimana ? Usah kau tanya. Cukup aku, dia dan Allah yang tahu. Hidayah. Mungkin. Aku tak tahu. Tapi sejak itu, hati ini memberontak untuk berdiri teguh di jalan-Nya. Hati ini ingin mencintai-Nya. Hati ini ingin sentiasa berada dalam redha-Nya. Cehh. Berlagak. Penipu. Mungkin itu yang akan kamu kamu dan kamu katakan. Tapi percayalah, aku sering menangis saat memikirkan setiap dosa-dosa yang telah aku lakukan. Dosa terhadap kedua ibu bapaku, dosa terhadap adik-adikku, dosa terhadap teman-temanku, dosa terhadap makhluk-makhluk-Nya dan paling menyedihkan saat aku memikirkan dosa terhadap Tuhanku dan Rasul-Nya.

Aku bagai kuman, mungkin hanya debu yang terlalu kecil di sisi Tuhanku. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan sejak aku mula bertapak di muka bumi ini. Taubat. Adakah Dia menerimanya ? Mungkin ya, mungkin tidak. Bukan kita tentukan. Aku mula membaca buku hidayah, membaca blog yang bercerita tentang Islam. Aku menangis. Hati ini sebak. Mata ini mulai basah. Setitik demi setitik kemudian menjadi deras. Hina. Jijik. Itu yang aku rasa. Aku bergembira dengan nikmat pemberian-Nya, tapi aku lalai melaksanakan kehendak-Nya. Solat aku tidak teratur. Pakaianku mengikut sedap jiwa. Percakapanku sesedap rasa. Menangis. Andai masa boleh di putarkan semula. Aku ingin menjadi lebih baik.

Kini. Selangkah demi selangkah aku mula kembali. Riak. Tidak. Aku ingin berkongsi. Ingin meluahkan rasa pada yang sudi. Ingin bercerita pada yang ingin mendengar. Aku tidak harap kalian memuji aku. Aku terima jika kalian mencaci aku. Tapi ini hakikat. Aku ingin mendambakan diri pada yang Maha Esa. Ingin mencari ketenangan yang selama ini aku damba. Aku insan yang begitu lemah. Jiwa aku rapuh. Hati aku halus. Hanya Dia yang aku perlu. Hanya Dia yang aku mahu. Cukup Allah di hatiku.

Ayatku tertunggang langgang. Aku abaikan. Asal aku mampu menaip rasaku. Aku puas. Aku senang. Aku gembira. Terima kasih pada yang sudi membaca. Terima kasih juga pada yang menghina. Aku tidak sempurna. Dan aku tidak berharap menjadi yang sempurna. Hanya ingin menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur di atas nikmat-Nya.

Jazakallah Khair. Salam.

No comments: