Sunday, 15 July 2012

sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Assalamualaikum...

Hello people,
Fuhhh, alhamdulillah. Akhirnya ada jugak masa nak update belog terchenta ni. Cehh, bajet macam busy bebenor gamak nyerr... Aisehhhh ! Pening jugak kepala hotak nak memikir apa mende la yang aku nak update ni. Like... hmmm hmmmm hmmmm, no no no... paham tak ? So, many things to think about. contohnya which subject  suppose to read first, how am i going to study, yeahhh, i got my own schedule but still i can't make it as i want to. Bercelaru hotak aku ni haaa... Gini la gaya nyerr bebudak yang dah memasuki semester akhir. Kemainnn good-good je study. hehehehe... cut cut cut ! Merepek dah aku ni.

So, lately ni aku asyik terfikir jugak macam mana aku nak kumpul duit. Well, yelah. Takkan kau dah umur dopohlebihlebih nak harap duit parents lagi kan. Cisss ! perasaan menyesal sebab tak simpan duit elaun dari sem  satu dulu semakin menghantui hidup. *krik krik krik

Jadi di sini, amatlah penting bagi kita untuk belajar menabung tauu.Macam tajuk entri, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ha'a, memang tak di nafikan, bebudak kecik macam aku ni memang pantang tengok benda yang comel-comel depan mata, pasto tangan mula la gatal rakus seluk poket bagi duit then buat muka kiut miut sebab dapat benda comelss. Hujung bulan, buat muka innocent tepon mak mintak duit. Ha'a, macam tu lah selalu. So, aku cari penyelesaian sendiri dengan gagahkan diri tengok benda kiut kiut depan mata pasto buat-buat macam "alah dah ada dah menatang ni", so selamat lah duit di situ. Padahal hati memberontak mintak menatang comelsss tuu. sobsobsob :'(

Another tips is, bila nampak something yang kita nak, please jangan terus beli ! Think wisely fella. Adakah barang tersebut kita perlu atau just nak show off kat orang lain. Kalau perlu, amek. kalau nak show off, better berambus cepat dari kedai. hehehehe - - " . And kalau tak jadi jugak, kita tunggu tiga hari dulu, if kita still pikir kan lagi barang tersebut, haruslah beli, karang kempunan pulak kalau tak dapat barang tu. Errr, barang tu bukan lah dadah mahupun rokok ye. Barang yang di maksud kan adalah seperti patung barbie, kasut comelss, beg super awesome, baju stylo milo, dan yang seangkatan tentera dengannya.

Paling penting, kita kena ada budget ! setiap bulan kena ada budget supaya, duit kita tak lah mengalir laju macam air terjun tu haa. best nyerr kalau dapat mandi air terjun. EH ! - - " . Senaraikan barang yang kita nak beli then simpan sedikit dalam bank. Jangan masuk kan dalam bank yang sama sebab konfem kita akan keluar kan jugak duit tu nanti. Simpanlah dalam bank rakyat, bank islam, bank simpanan nasional dll. Takpee, bukak je banyak-banyak bank. Tak rugi satu sen pon.

Cukuplah tiga tips ni, sebab aku pon bukan terer bab simpan-simpan duit. Kalau korang ada cara lain, sila share. Okeh, off internet laju-laju sebab nak pergi makan. HAHAHA. Makan harus di utamakan. :)

Kotak Hati: ingat nak buat online shop tapi tak mampu - - "

2 comments:

Rara Nasiha said...

Aishhh, cakap pasal duit ni, boleh pening jadinya. hihi memang kena saving, untuk masa depan jugak kan. :)

CaHaYa QaSeH said...

nak belaja menyimpan dari sekarang,, :)