Friday, 29 June 2012

Jadual Untuk Semester Akhir.

Assalamualaikum...

Hello people,
Saat jari jemari aku menaip entri ni, aku dah pon guling-guling kat atas katil siap main-main suis kipas dan lampu kat asrama aku ni tau. SEDIH ! sekejap betol cuti. menchi menchi menchi. Tapi berbekalkan doa dari mak dan ayah, aku tabah melangkah keluar rumah. Siap pujuk-pujuk hati sebab tak dapat nak tengok final EURO 2012 kat depan TV rumah sendiri. Dah lah Jerman kalah. Bertambah-tambah sedih hati ini. Cisss !

FYI, sem ni aku dah sem akhir ! Dupdapdupdapdupdap jantung aku bila dah sem akhir ni. Sebab bila dah super duper senior ni semua mende kena tau, semua mende kena ada kat hujung jari dan hujung otak, nanti tak memasal jadi gagap pulak kalau budak junior tanya. Untuk itu, AMARAN KERAS dari aku, jangan tanya aku tau. Kidding - - "

Sebelum ni ada jadual belajar sendiri tapi memang tak pernah nak ikut pon. Ha'a, sebab malas. Tapi demi nak berubah *konon-konon macam azam tahun baru, aku buat jadual untuk sem akhir.

6am - 7am --->  Bangun dari tidur yang lena, Mandi, Solat Subuh, Berjalan ke kelas.


8am - 5pm ---> Berada di Dewan Kuliah siap sorok-sorok makan cekedis - - ", Rehat, Solat Zuhur dan Balik ke asrama.


6pm - 7pm ---> Mandi, Solat Asar, Makan malam.


7pm - 8pm ---> Solat Maghrib.


8pm - 10pm ---> Facebook, Twitter, Blog, Nuffnang, Email dan segala yang ada. - - "


10pm - 12am ---> Buka nota, Solat Isyak dan Study


12am ---> Haruslah tidow awal. HAHAHA.

Begitulah jadual yang aku rasa aku mampu buat. Dan harap dapat buat. Chewahhh ! Kepada semua penduduk planet bumi yang mengenali diri ini dan yang tak kenal diri ini, doakanlah kejayaan aku untuk semester akhir ni. Kbai. *Ha'a... tak sopan betol ending tuu.

Kotak Hati: semoga awak awak dan awak berjaya dalam hidup. Ameen.

3 comments:

MawardiYunus said...

bola bola bola huhu

syahnaz said...

http://kliktekan.blogspot.com/
follow.. salam perkenalan

cclliaa said...

terbaik ar jadual kau olie...hehehe...semoga kita berjaya bersama satu batch..