Friday, 4 May 2012

Just Three ♥

Assalamualaikum ...

Hello people,
Dengan mata yang kuyu dan muka yang bajet ayu sebelom tidow, aku menaip dengan kepantasan maksima nak update blog buat tatapan mata korang. Mungkin esok dan lusa dan hari-hari yang mendatang, aku takkan update blog sebab nak fokus kat final exam ! Gilosss betol lah, tak study satu sen pon tau. Kalau mak tau ni konfem kena kejar satu padang bola. Dan konfem kurus sebab larian tersebut menjana pengeluaran peluh yang sangat banyak dan pembakaran lemak yang superb laju ! -.- '

Sepanjang masa hadap facebook dengan twitter je. Menjeling tiga ratus enam puluh darjah kat nota sebelah aku tu haaa. T_T . Kesian beliau di anak pungutkan. Lepas tu bajet nak buat satu kad khas untuk lecturer tapi tergendala sebab otak ni benggong pergi layan jugak nafsu mencari lagu-lagu yang entah apa-apa dekat youtube ! Cisss -.- ' . Bajet up-to-date dengan lagu-lagu baru. Hampasss !Tapi ini yang aku dapat di facebook, so nak berkongsi dengan semua pembaca blog mahupun bukan pembaca blog. Hikhokhikhok.

" Kadangkala tak perlu buat apa-apa untuk mendapat pahala, cuma DIAM. Kadangkala tak perlu berbelanja apa-apa untuk mengukuhkan tali persaudaraan, cuma SENYUM. Dan kadangkala tidak perlu apa-apa untuk meraih cinta, cuma DOA. DIAM,SENYUM dan DOA adalah kerja mudah yang payah tanpa hati yang ingat ALLAH. "

Kotak Hati: Aku akan selalu menunggu jodoh yang ALLAH sudah sediakan untukku. 

2 comments:

Rara Nasiha said...

I love that quote! nice! btw, goodluck final. :)

Atiqah Wadiah said...

IAllah..one day jodoh kita tu akan dtg kat kita :)