Sunday, 15 July 2012

sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Assalamualaikum...

Hello people,
Fuhhh, alhamdulillah. Akhirnya ada jugak masa nak update belog terchenta ni. Cehh, bajet macam busy bebenor gamak nyerr... Aisehhhh ! Pening jugak kepala hotak nak memikir apa mende la yang aku nak update ni. Like... hmmm hmmmm hmmmm, no no no... paham tak ? So, many things to think about. contohnya which subject  suppose to read first, how am i going to study, yeahhh, i got my own schedule but still i can't make it as i want to. Bercelaru hotak aku ni haaa... Gini la gaya nyerr bebudak yang dah memasuki semester akhir. Kemainnn good-good je study. hehehehe... cut cut cut ! Merepek dah aku ni.

So, lately ni aku asyik terfikir jugak macam mana aku nak kumpul duit. Well, yelah. Takkan kau dah umur dopohlebihlebih nak harap duit parents lagi kan. Cisss ! perasaan menyesal sebab tak simpan duit elaun dari sem  satu dulu semakin menghantui hidup. *krik krik krik

Jadi di sini, amatlah penting bagi kita untuk belajar menabung tauu.Macam tajuk entri, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ha'a, memang tak di nafikan, bebudak kecik macam aku ni memang pantang tengok benda yang comel-comel depan mata, pasto tangan mula la gatal rakus seluk poket bagi duit then buat muka kiut miut sebab dapat benda comelss. Hujung bulan, buat muka innocent tepon mak mintak duit. Ha'a, macam tu lah selalu. So, aku cari penyelesaian sendiri dengan gagahkan diri tengok benda kiut kiut depan mata pasto buat-buat macam "alah dah ada dah menatang ni", so selamat lah duit di situ. Padahal hati memberontak mintak menatang comelsss tuu. sobsobsob :'(

Another tips is, bila nampak something yang kita nak, please jangan terus beli ! Think wisely fella. Adakah barang tersebut kita perlu atau just nak show off kat orang lain. Kalau perlu, amek. kalau nak show off, better berambus cepat dari kedai. hehehehe - - " . And kalau tak jadi jugak, kita tunggu tiga hari dulu, if kita still pikir kan lagi barang tersebut, haruslah beli, karang kempunan pulak kalau tak dapat barang tu. Errr, barang tu bukan lah dadah mahupun rokok ye. Barang yang di maksud kan adalah seperti patung barbie, kasut comelss, beg super awesome, baju stylo milo, dan yang seangkatan tentera dengannya.

Paling penting, kita kena ada budget ! setiap bulan kena ada budget supaya, duit kita tak lah mengalir laju macam air terjun tu haa. best nyerr kalau dapat mandi air terjun. EH ! - - " . Senaraikan barang yang kita nak beli then simpan sedikit dalam bank. Jangan masuk kan dalam bank yang sama sebab konfem kita akan keluar kan jugak duit tu nanti. Simpanlah dalam bank rakyat, bank islam, bank simpanan nasional dll. Takpee, bukak je banyak-banyak bank. Tak rugi satu sen pon.

Cukuplah tiga tips ni, sebab aku pon bukan terer bab simpan-simpan duit. Kalau korang ada cara lain, sila share. Okeh, off internet laju-laju sebab nak pergi makan. HAHAHA. Makan harus di utamakan. :)

Kotak Hati: ingat nak buat online shop tapi tak mampu - - "

Friday, 29 June 2012

Jadual Untuk Semester Akhir.

Assalamualaikum...

Hello people,
Saat jari jemari aku menaip entri ni, aku dah pon guling-guling kat atas katil siap main-main suis kipas dan lampu kat asrama aku ni tau. SEDIH ! sekejap betol cuti. menchi menchi menchi. Tapi berbekalkan doa dari mak dan ayah, aku tabah melangkah keluar rumah. Siap pujuk-pujuk hati sebab tak dapat nak tengok final EURO 2012 kat depan TV rumah sendiri. Dah lah Jerman kalah. Bertambah-tambah sedih hati ini. Cisss !

FYI, sem ni aku dah sem akhir ! Dupdapdupdapdupdap jantung aku bila dah sem akhir ni. Sebab bila dah super duper senior ni semua mende kena tau, semua mende kena ada kat hujung jari dan hujung otak, nanti tak memasal jadi gagap pulak kalau budak junior tanya. Untuk itu, AMARAN KERAS dari aku, jangan tanya aku tau. Kidding - - "

Sebelum ni ada jadual belajar sendiri tapi memang tak pernah nak ikut pon. Ha'a, sebab malas. Tapi demi nak berubah *konon-konon macam azam tahun baru, aku buat jadual untuk sem akhir.

6am - 7am --->  Bangun dari tidur yang lena, Mandi, Solat Subuh, Berjalan ke kelas.


8am - 5pm ---> Berada di Dewan Kuliah siap sorok-sorok makan cekedis - - ", Rehat, Solat Zuhur dan Balik ke asrama.


6pm - 7pm ---> Mandi, Solat Asar, Makan malam.


7pm - 8pm ---> Solat Maghrib.


8pm - 10pm ---> Facebook, Twitter, Blog, Nuffnang, Email dan segala yang ada. - - "


10pm - 12am ---> Buka nota, Solat Isyak dan Study


12am ---> Haruslah tidow awal. HAHAHA.

Begitulah jadual yang aku rasa aku mampu buat. Dan harap dapat buat. Chewahhh ! Kepada semua penduduk planet bumi yang mengenali diri ini dan yang tak kenal diri ini, doakanlah kejayaan aku untuk semester akhir ni. Kbai. *Ha'a... tak sopan betol ending tuu.

Kotak Hati: semoga awak awak dan awak berjaya dalam hidup. Ameen.

Friday, 15 June 2012

Model?

Assalamualaikum...

Hello people,
Setelah aku tambah tolak darab bahagi, rupa-rupanya dah berminggu-minggu tak hupdate belog ni. Dengan kerancakan perlawanan UEFA EURO 2012 antara Spain vs Ireland, sambil kunyah kentang goreng dan hirup Teh O, aku terus testing bukak belog. OH boleh laa, memang kalau niat baik Allah mudahkan punya laa... Jiwa tak tenteram bila tak update belog ni. Tapi jangan lupa untuk update iman jugak okeee. Fuhhh, bila dah lama tak menaip belog jadi macam mati otak sebab dah tak tau nak bina ayat macam ayat karangan BM masa SPM dulu-dulu. -.- '. Padahal mata dengan otak tak keruan hala tengok Fernando Torres. HIKHIKHIK. Sekarang semua pasal BOLA derrr. Makan, minum, tidur, facebook, twitter semua BOLA.

Okeh, enuf dengan intro yang meraban tak tentu pasal tu. Sebelom korang cakap aku ketinggalan zaman lemme say it by myself. Aku memang ketinggalan zaman sebab baru tau pasal pixlr.com/o-matic/ . Perghhhh ! malu ahhhh. Tapi aku buat-buat cool macam konon-konon dah tau pasal menatang tu. Dan disebabkan tahap jakun aku sampai ke paras maksima, aku geledah gambar-gambar aku yang comel dan macho untuk aku edit ! Wahhh ! aku suka edit gambar kat pixlr.com/o-matic/ sebab yang huduh pon dah jadi cantek. macam magic ! the fish - - "

Ha'a... memang muka mintak penampar

Ada macam gaya Datin tak ??!!

I'm sexy and I know it !


muka paling innocent - - "

Cukup lah kot bubuh empat ketul gambar yang bukan syok sendiri tuu. Kalau letak banyak-banyak nanti korang muntah. HAHAHA. Padahal malu sehhh. Dah macam gila glamour. Ehhh ! ikut suka jantung aku la nak buat entri apa ponn, Y U SO SIBUK ??! Errr... terlebih emosi pulak. Cut it off ! Enjoy your day people. Gotta go sebab nak sambung tengok EURO ! Babaii~

Kotak Hati: kalau lah Germany vs Spain masa final nanti. Mesti gempak kannn ? - - " *krik krik krik