Saturday 12 May 2012

Nurses Day ♥

Assalamualaikum...

Hello people,
Alahaiii... dah lama tak bukak ini belog ! Noob je rasa tauuu. Harap maaf laa geng ye tak dapat nak jenjalan kat belog korang. Botband ni kalau dah lama tak berbayor memang payah nak gerak laju-laju ! demmm !

Celik je mata pukul 11am, jangan tiru perangai anak dara orang ini tau. So buruk, matahari dah pacak lama baru nak sedar diri. *tampar muka sendiri tiga kali. heuheuheu. Dah la sedar diri tengahari buta, air liur keliling mulut plak tuu. Eeewwwww ! Sila geli. Kehkehkeh. Terus cari uniform, gosok sampai tajam habess ! Kalau cicak jatuh konfem aku lari lintang pukang. Hahaha. Enuf people ! Intro takde idea langsung. Cisss,memalukan !

12 May tak kira lah tahun bila-bila pon, merupakan tarikh yang penting ! You all please take note tauu. Sila bubuh dalam reminder korang. Dah simpan ? Bagus ! Kenapa penting ? Tak tahu?!!!! *tumbuk korang laju-laju. Hello, itu HARI JURURAWAT tauuu ! T_T *menangis sambil selubung dalam selimut. Sampai hati tak tauuu.. ni yang sentap hari tiga ratus enam puluh derjah ni ! Kidding !

Mungkin ramai yang tak tahu pasal hari jururawat ni. Aku pon tak tau dulu tapi disebabkan aku dah hamek bidang kejururawatan ni, wajiblah hamek tau segala rahsia pasal kejururawatan ni kan. Masa mula-mula dapat interview pasal nursing ni, knowledge aku pasal bab nursing ni ciput je. Ingat lagi mak aku gasak aku baca info-info pasal kejururawatan, kesihatan bagai. Tapi disebabkan jiwa aku tahap malas sebab keesokan hari lepas interview tu aku nak exam MUET, aku buat dunno je. Masa interview memang cool gilosss. Jawab jujur tau you all ! After last day exam chemistry paper teros dapat panggilan NURSE ! Tak menyempat nak tanam anggur kat uma tau. Now i'm a big gal yang taking nurses as my career. I/m proud to be a nurse. Mula-mula praktikal, I thought being a nurse just taking blood pressure, cucuk-cucuk orang, jalan ke hulu and ke hilir tapi actually kerja nurse ni memerlukan ketahanan mental and fizikal. Bukan semua orang boleh jadi nurse, sebab tak semua mampu tahan dengan kerenah pesakit. Aku sendiri kadang-kadang tak mampu nak tahan. Aku jumpa ramai orang, dan bukan semua perangai manusia ni sama. Then, aku tau Allah tentukan aku hamek bidang nursing ni untuk aku belajar menjadi seorang yang boleh berbakti kepada orang lain especially to my beloved family ! 

rembat dari rakan mukabuku ! 

So, siapa yang minat nak jadi nurse ? put your hands up ! To all my friends, wish you guys "happy nurses day". And aku masih ingat ayat sister masa aku sem satu dulu, "nursing is art" . Ayat tu memang aku suka giloss sebab yeahhh ! Nursing is art people! Kbai.

p/s: After aku bayar botband ni, baru lah aku mampu berblogwalking semula. Sedih tau mak jemah !

Kotak Hati: Gotta go ! Now practical kat wad orthopedic. 

1 comment:

Hidayah said...

slamat hari jururawat cik nurse..:)