Hello reader[s],
Hai korang ! Wassup wassup. Ape cer ? Best tak hari sabtu korang ? heeee... Jangan di tanya hari sabtu aku, sebab aku ada class ganti sempena cuti Thaipusam nanti. Dan paling sengal alam sekali, aku boleh lupa hari ini hari sabtu. Kenapa ?!!! sebab masuk je toilet... SUNYI ! tp mandi jugak, selepas mandi tu lah yang aku terfikir "betul ke hari ini hari sabtu ? mana pulak roomate aku pergi ? malu nyerr kalau aku sorang-sorang pakai uniform then keluar bilik..." *monolog di hati sambil guling-guling atas lantai*. Tapi teeettt, roomate aku masuk. bila tengok dia pakai uniform aku yakin bahawa aku tak salah. Hahaha. *sambil teguk mointain dew !*
Haippp.. apa kaitan entry aku ngan pembuka
Aku dapat idea nak tulis entry ni sebab masa pagi-pagi sampai kat kolej, aku termenung seketika *pintu dewan kuliah tak bukak, merempat aku kat tangga !*. Aku tengok seorang pekerja Radicare *tukang cuci*, then aku terfikir. "Hemm, kalau takde mereka-mereka ni, mesti kolej ni kotor gila" . Angkat tangan siapa yang sanggup jadi tukang cuci. Mesti korang geleng kepala selaju 60km/jam kannn ? Aku pon sama geleng kepala. Hehehe *sambil buat muka suci*. Hokehh... pergi ke topik utama !
Allah itu Maha Adil, setiap makhluk yang Allah cipta ada peranan dan membawa manfaat antara satu sama lain, tak kira kaya atau miskin. Dan setiap orang di dunia ini perlu memainkan peranan yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Contoh nyerr, jika berlaku maksiat di depan mata kita, kita perlu lah menasihati mereka supaya berhenti daripada melakukan kemungkaran di bumi Allah ini. Jika tiada yang memainkan peranan mereka, musnahlah dunia ini. Betul kannn ? Macam yang aku cakap tadi kalau Radicare takde, mungkinkah para pelatih di kolej aku menuntut ilmu ni nak membersihkan sisa-sisa kotoran yang mereka buat. Aku sendiri pon tak sanggup nak membersihkan bangunan tu. Jadi, kita tak perlulah sombong dan angkuh. Jangan pandang orang lain ngan mata sepet je okey ? Sebab mereka yang Allah beri nyawa ini ada kebaikan nyerr. Fikir - fikir kan ye.
fikir sejenak. sudahkah anda melaksanakan peranan anda sbg makhluk Allah ? gambar ni smart walaupun macam takde motif [hade aku kesah]. chill ! |
p/s: Menyatakan ketermenungan aku di pagi hari. S.M.I.L.E
Tweet
No comments:
Post a Comment